Now Reading
Proses Cetakan MyKid Ambil Masa Lama Disebabkan Oleh Kekurangan Mikrocip – JPN

Proses Cetakan MyKid Ambil Masa Lama Disebabkan Oleh Kekurangan Mikrocip – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihati ibu bapa supaya menggunakan sijil kelahiran anak mereka untuk urusan harian buat masa ini.

proses cetakan mykid

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir perlu menunggu lebih lama untuk pengeluaran MyKid si kecil kerana kekurangan cip mikro global yang disebabkan oleh wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata, akan ada penangguhan enam bulan dalam pengeluaran MyKid untuk bayi baru lahir di Malaysia.

Dalam pada itu, Ruslin memaklumkan bahawa ibu bapa masih boleh mengemukakan permohonan baharu tetapi perlu menunggu lebih lama.

Ini kerana JPN akan memproses permohonan secara berperingkat mengikut giliran masing-masing.

proses cetakan mykid
Sumber: eCentral.

Buat masa ini, ibu bapa boleh menggunakan sijil kelahiran untuk urusan harian anak-anak yang belum menerima MyKid mereka.

Rusli menambah bahawa sijil kelahiran adalah dokumen pengenalan diri yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan, lapor Malay Mail.

Semua agensi kerajaan dan swasta digesa menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan yang melibatkan kanak-kanak kerana ia merupakan satu-satunya dokumen yang diiktiraf dalam perkara penting seperti permohonan kemasukan ke sekolah.

Semakan di Facebook menunjukkan beberapa ibu bapa meluahkan kekecewaan mereka dengan isu tersebut. Malah, ada juga pengguna Facebook yang memuat naik tangkapan skrin yang menunjukkan kelewatan aplikasi MyKid dikaitkan dengan masalah teknikal.

Dalam perkembangan lain, JPN turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mempercayai mana-mana ejen atau wakil yang mendakwa membantu proses pendaftaran MyKad.

JPN tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk membantu pendaftaran MyKad.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd