Now Reading
Polis Siasat Anggotanya Beri Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata

Polis Siasat Anggotanya Beri Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata

Gambar itu menunjukkan seorang anggota polis sedang menghisap rokok manakala rakannya pula memegang dan bergambar dengan senjata api jenis HK-MP5.

Benarkan Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata, Anggota Polis Kini Disiasat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini boleh dikatakan semua perkara ingin dimuat naik di laman media sosial untuk dikongsikan kepada para pengikut mereka.

Dari sekecil-kecil perkara seperti sedang berfikir untuk makan apa, semuanya diutarakan di media sosial.

Namun ada kalanya media sosial ini memberi kesan buruk kepada seseorang meskipun tujuan mereka memuat naiknya hanya untuk sekadar hiburan sahaja.

BACA JUGA: [Video] Lelaki ‘Suap’ Vape Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf Lepas Terima Kecaman Orang Ramai

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU

Anggota Polis Sesuka Hati Beri Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata Api

Baru-baru ini, seorang anggota polis berdepan siasatan selepas dia didapati membenarkan rakannya yang merupakan orang awam memegang dan bergambar dengan senjata api.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan pihak mereka telah mengesan beberapa gambar tular di media sosial yang dimuat naik di laman Twitter (@evvok).

Benarkan Rakan Pegang & Bergambar Dengan Senjata, Anggota Polis Kini Disiasat
Sumber: Twitter @evvok

Dalam gambar tersebut, kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok manakala rakannya sedang bergambar dengan senjata api.

Hasil siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan merupakan individu yang bertugas di Balai Polis Taman Johor Jaya dan sedang membuat pengawalan di Pos Pengawal Balai Polis tersebut ketika kejadian berlaku.

Lelaki awam yang memegang senjata api jenis HK-MP5 adalah rakan kepada anggota tersebut. Individu yang membantu mereka mengambil gambar pada 11 Januari jam 2:43 pagi itu juga merupakan kenalan mereka.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Ketiga-tiga suspek yang didapati berusia 25 tahun itu berbuat tindakan sedemikian dikatakan kerana ingin dijadikan sebagai kenangan dan dimuat naik di media sosial.

Mohd Sohaimi berkata, tindakan anggota polis itu membenarkan orang awam memegang senjata api ketika sedang bertugas adalah satu kesalahan yang melanggar tatakelakuan.

Berikutan itu, siasatan lanjut sedang dilakukan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Anggota polis tersebut juga boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Boleh Ke Orang Awam Miliki Senjata?

Pemilikan senjata api oleh orang awam adalah salah di sisi undang KECUALI jika anda mempunyai Lesen Membawa dan Menggunakan di bawah Akta Senjata 1960.

Di Malaysia, terdapat undang-undang berkenaan senjata yang tidak dibenarkan di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Antara senjata api yang tidak dibenarkan dibawa oleh orang awam adalah seperti:

  • Pisau yang mengeluarkan bilah secara automatik melalui dengan menekan butang (Flick knife)
  • Pisau yang mengeluarkan bilah dari sarung melalui tekanan graviti (Gravity knife)
  • Kapak kecil
  • Semua jenis buku lima
  • Pisau dengan tiga mata tajam (Bearing scraper)
  • Senjata yang dikaitkan dengan agama atau kepercayaan seperti pedang, keris atau parang
  • Lembing
  • Panah-silang
  • Senjata elektrik

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd