Now Reading
Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu

Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu

Pemeriksaan di hospital mendapati bayi berusia empat bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala serta keretakan pada tempurung kepala didakwa akibat dipukul oleh pengasuh di taska.

Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kecuaian sikap sesetengah pengasuh boleh mengakibatkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami beberapa masalah sehingga ada yang meninggal dunia.

Terdahulu, pernah wujud kes di mana bayi berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia selepas wajahnya tiba-tiba bertukar biru dan tidak memberi sebarang tindak balas ketika cuba dikejutkan.

Bayi perempuan tersebut dikatakan baru satu bulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

BACA JUGA: Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

Bayi Empat Bulan Didakwa Didera Sehingga Koma Oleh Pengasuh Di Taska

Terbaharu, kejadian hampir serupa turut berlaku di Terengganu apabila tiga orang pengasuh wanita di ditahan oleh pihak polis selepas didakwa mendera seorang bayi berusia empat bulan sehingga koma.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md. Isa memaklumkan kejadian yang disyaki berlaku akibat kecuaian itu terjadi pada hari ketiga bayi tersebut dihantar ke taska.

Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md. Isa (Sumber: Berita Harian)

Keadaan bayi yang agak lemah itu mula disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambilnya pulang dari taska pada 4 Januari lalu.

Bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya, bapa bayi itu segera membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pihak hospital memaklumkan bayi tersebut mengalami pendarahan dalam kepala dan terdapat keretakan pada tempurung kepala. Bayi tersebut juga tidak menyedarkan diri sebelum dilaporkan koma.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md. Isa.

Bayi yang mengalami kecederaan serius itu masih dalam keadaan koma dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tiga Orang Pengasuh Di Terengganu Wanita Ditahan Untuk Siasatan Lanjut

Berikutan itu, bapa bayi berkenaan membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tiga orang pengasuh wanita di taska tersebut.

Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu
Sumber: Harian Metro

Ketiga-tiga suspek merupakan wanita dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan kesemua mereka tidak mengaku melakukan kecuaian terhadap bayi tersebut sehingga menyebabkan kecederaan.

Tiga orang suspek yang dipanggil untuk memberikan keterangan menafikan kejadian itu tetapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula memaparkan sebaliknya kerana suspek dilihat memukul kepala bayi berkenaan menggunakan tangan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md. Isa.

Kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam (10 Januari) dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

BACA JUGA: Kes Dera Anak Saudara: Pasangan Suami Isteri Diberkas & Kini Reman 7 Hari


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd