Now Reading
Wanita Temui Ajal Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Tepi Lebuh Raya

Wanita Temui Ajal Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Tepi Lebuh Raya

Kereta jenis Honda Civic itu berhenti di bahu jalan Kilometer 235.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara ketika kenderaan dinaiki mereka mengalami kerosakan.

Wanita Maut Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Di Lebuh Raya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tiada sesiapa mahu terlibat dalam kemalangan kerana kejadian ini boleh membahayakan keselamatan sehingga mampu meragut nyawa seseorang.

Sebelum ini, pernah berlaku kes kemalangan yang menyayat hati apabila dua orang lelaki termasuklah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang maut dirempuh oleh sebuah lori ketika sedang menukar tayar kereta di tepi jalan.

Kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lori cuba untuk mengelak sebuah kereta jenis Mercedes yang datang dari arah belakang di sebelah kanan sebelum merempuh kedua-dua mangsa di sebelah kiri.

BACA JUGA: 2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan
Sumber: Kosmo

Wanita Maut Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Di Lebuh Raya

Baru-baru ini, seorang wanita dilaporkan maut selepas mangsa dilanggar oleh sebuah lori kontena ketika kereta yang dinaikinya itu mengalami kerosakan dan terpaksa behenti di bahu jalan.

Kejadian yang berlaku hari ini (10 Januari) di Kilometer 235.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara itu difahamkan terjadi ketika mangsa berada di luar kenderaan yang juga dinaiki oleh dua orang lelaki.

Memetik laporan Astro Awani, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 5:23 pagi.

Wanita-Maut-Dilanggar-Lori-Kontena-Ketika-Kereta-Rosak-Di-Lebuh-Raya-1
Sumber: Sinar Harian

Sejurus menerima panggilan itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Lori kontena tersebut didakwa melanggar bahagian sisi sebuah kereta jenis Honda Civic yang sedang berhenti di bahu jalan dan melanggar seorang wanita yang ketika itu berada di sisi luar kereta.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub itu juga membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden itu.

Menurut pegawai perubatan, mangsa disahkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk dua orang lelaki dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Apa Perlu Buat Jika Terlihat Individu Terlibat Dalam Kemalangan?

Seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi beberapa tips di laman Facebook miliknya tentang cara untuk membantu mangsa kemalangan.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  • Alihkan objek bahaya berdekatan mangsa di kawasan kemalangan. Jika sukar dialihkan, elakkan berada di kawasan berdekatan objek tersebut.
  • Periksa keadaan mangsa sama ada masih sedar ataupun tidak.
  • Segera hubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan. Maklumkan tentang butiran diri anda, jenis kecemasan, lokasi serta keadaan mangsa.
  • Jika anda mempunyai ilmu bantuan kecemasan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), boleh juga bantu dengan cara memberi CPR kepada mangsa.

Selain itu, doktor berkenaan turut berkongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika berada di kawasan kemalangan.

Perkara itu disebut sebagai 3S, iaitu:

  • Sangsi
  • Sebar
  • Songlap

BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd