Now Reading
Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Lanjut Sehingga 12:30 Tengah Malam – RapidKL

Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Lanjut Sehingga 12:30 Tengah Malam – RapidKL

AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 akan berlangsung pada Sabtu (7 Januari) pada jam 8:30 malam, bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

piala AFF

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka akan melanjutkan waktu perkhidmatan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jali sehingga jam 12:30 tengah malam.

Ia adalah bersempena dengan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari, Sabtu.

Rapid Rail turut berkata bagi kelancaran pergerakan penumpang yang menaiki tren ke stadium, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi keselesaan dan kelancaran pergerakan penyokong untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Kesemua stesen integrasi masih boleh diakses bagi penumpang dari Stesen Bukit Jalil yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan tren laluan berbeza ke destinasi yang ingin dituju. Penumpang juga dinasihatkan agar menggunakan kad Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi sebelum tiba di stesen bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi satu kenyataan di media sosial.

Mengulas lanjut, pihak Rapid memaklumkan penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan stesen dan di dalam tren bagi mengekang penularan virus.

Tambahnya lagi, sejumlah 13,892 ruang parkir tersedia di stesen-stesen LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) terpilih bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.

Penumpang boleh menikmati kadar bayaran tetap parkir sebanyak RM4 apabila menggunakan kad Touch ‘n Go yang sama ketika menaiki perkhidmatan tren selain beberapa kakitangan tambahan akan ditempatkan di kawasan itu bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk di stesen.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi satu kenyataan di media sosial.

Tiket Piala AFF ‘Sold Out’

Untuk rekod, tiket aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan negara Malaysia dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok dilaporkan ‘laris’ dijual.

Malah, kesemua 59,000 keping tiket dikatakan telah ‘sold out’ sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian (online).

Pengesahan tentang penjualan tiket itu dibuat sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook mereka pada Khamis (5 Januari).

Pihak FAM dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian ataupun di kaunter tiket stadium.

AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 akan berlangsung pada Sabtu (7 Januari) pada jam 8:30 malam, bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd