Now Reading
Ahli Ekonomi Jangka Tiada Cukai Baharu Diperkenalkan Tahun Ini

Ahli Ekonomi Jangka Tiada Cukai Baharu Diperkenalkan Tahun Ini

Pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini dijangka tidak mewujudkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat Malaysia.

Ahli Ekonomi Jangka Tiada Cukai Baharu Diperkenalkan Tahun Ini (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, pembentangan Bajet 2023 yang dilakukan sebelum ini dijangka akan dibentangkan semula pada 24 Februari 2023 di bawah persetujuan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cukai barangan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga menjadi persoalan kepada beberapa pihak sama ada ia akan diperkenalkan semula atau tidak dalam Bajet 2023.

Memetik sumber Berita Harian, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank (Maybank IB) Suhaimi Ilias menjangkakan bahawa tiada cukai baharu akan diwujudkan pada tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas mempertimbangkan keadaan ekonomi kini dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

GST
Sumber: News18

Kesan inflasi yang tinggi serta kadar feadah yang meningkat juga telah memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Keputusan untuk menaikkan cukai atau mewujudkan cukai baharu adalah tidak bersesuaian apabila ramai rakyat yang bergelut dan terjejas di dalam situasi ekonomi yang semakin meningkat pada hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank (Maybank IB) Suhaimi Ilias.

Menurutnya lagi, kerajaan boleh mendapatkan hasil bukan cukai melalui dividen PETRONAS sekiranya mahukan hasli tambahan.

Dalam pada itu, isu kemelesetan ekonomi dunia yang telah mengakibatkan penurunan pertumbuhan eksport dan import barangan serta perkhidmatan negara juga menjadi penyumbang kepada kelemahan perkembangan ekonomi Malaysia.

Ahli-Ekonomi-Jangka-Tiada-Cukai-Baharu-Diperkenalkan-Tahun-Ini-3
Sumber: Twitter

Keadaan Ekonomi Di Malaysia

Cukai Jualan Barangan Import Bakal Dikuatkuasa Mulai Januari 2023

Bermula 1 Januari 2023, kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai jualan terhadap barangan import bernilai kurang dari RM500 yang dibeli secara atas talian.

Pengguna akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10% berdasarkan Low Value Goods (LVG) iaitu barangan bernilai rendah.

cukai barangan import
Sumber: BeritaKini.biz

Pindaan ini juga berbentuk pentadbiran am yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pemain industri dan pembayar cukai.

Malah satu mekanisme dijangka akan diwujudkan bagi membolehkan peniaga berdaftar mengutip cukai setelah pelanggan membuat pembelian secara atas talian.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) Dijangka Naik Lagi Tahun Ini

Menurut laporan Harian Metro, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan menaikkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahun 2023 membabitkakn hampir semua jenis pinjaman.

Bank Negara Malaysia (BNM)
Sumber: The Edge Markets

Sebelum ini, BNM telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% pada bulan November lalu.

Keadaan ini memberi kesan kepada para peminjam kerana jumlah bayaran mereka akan semakin bertambah.

BACA JUGA: OPR Naik Lagi Kepada 2.75% – BNM

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd