Now Reading
Kes Bungkusan Meletup Di Pandan Indah, Polis Berkas Suami Isteri Disyaki Terlibat

Kes Bungkusan Meletup Di Pandan Indah, Polis Berkas Suami Isteri Disyaki Terlibat

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 30 tahun diberkas di sebuah rumah di Serdang, Kedah, pada tengah malam tadi.

kes bungkusan meletup

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak telah maut gara-gara letupan daripada bungkusan yang diletakkan di atas kenderaan miliknya di hadapan sebuah restoran.

Kejadian berkenaan telah berlaku di Pandan Indah, Ampang Jaya.

Ketika kejadian kira-kira jam 8:50 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dimaklumkan oleh rakan sekerja tentang bungkusan itu.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak menjelaskan bahawa bungkusan dalam plastik itu dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik sahaja mangsa memegangnya.

Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan. Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Letupan turut menyebabkan bahagian hadapan kereta milik mangsa terbakar.

Mengulas lanjut, pihaknya menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.


[Terkini] Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat

Laporan hari ini (4 Januari) menyatakan bahawa pihak polis telah memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan berkenaan pada Khamis lalu.

Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun ditahan di Serdang, Kedah, malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mereka berdua kemudian terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Suspek akan direman bermula hari ini, 4 hingga 10 Januari 2023.

Sumber menyatakan setakat ini kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu lelaki yang ditahan terhadap mangsa.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd