Now Reading
Isu Rogol Babitkan Pegawai Kanan Polis Di Kedah, PDRM Siasat Kes Tanpa Kompromi

Isu Rogol Babitkan Pegawai Kanan Polis Di Kedah, PDRM Siasat Kes Tanpa Kompromi

Pihak polis memaklumkan bahawa ekoran daripada kejadian tersebut, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditangkap dan direman untuk tujuan siasatan sehingga 5 Januari 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, seorang gadis berumur 16 tahun di Alor Setar, Kedah telah membuat satu laporan mendakwa dirogol oleh seorang pegawai berpangkat Inspektor pada Rabu (28 Disember) 2022 yang lalu.

Laporan Harian Metro yang memetik sumber, remaja tersebut telah membuat laporan pada Sabtu (31 Disember) mendakwa insiden itu berlaku di pejabat pegawai polis terbabit di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan insiden bermula apabila mangsa dipanggil oleh seorang Inspektor berusia 30-an itu ke IPD bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan rogol oleh gadis tersebut melibatkan bapa tirinya.

BACA LANJUT: Remaja Dakwa Dirogol Pegawai Polis, Kesan Air Mani Ditemui Pada Cadar & Sarung Bantal

Polis Kedah Janji Kes Disiasat Tanpa Kompromi Meskipun Melibatkan Pegawai Kanan Polis

Ketua Polis Kedah CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hari ini (4 Januari) telah mengeluarkan satu kenyataan di mana PDRM Kedah menerima satu laporan polis berkaitan kejadian rogol yang dipercayai berlaku pada 28 Disember 2022 yang melibatkan suspek iaitu seorang pegawai kanan polis bertugas sebagai Pegawai Penyiasat JSJ IPD Yan, Kedah.

Mangsa merupakan seorang remaja perempuan yang merupakan pengadu bagi satu kes polis yang lain. Suspek dalam kes ini adalah pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Pihak polis memaklumkan bahawa ekoran daripada kejadian tersebut, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditangkap dan direman untuk tujuan siasatan sehingga 5 Januari 2023.

Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pihak polis sentiasa komited dalam melaksanakan tanggjungjawab sebagai agensi penguatkuasa utama negara. Bagi memastikan kes ini diselesaikan dalam kadar segera, siasatan telah dijalankan oleh Pegawai Kanan Polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Kedah dan PDRM Kedah memberi jaminan siasatan yang telus, adil, dan saksama dilaksanakan.

PDRM.

Mengulas lanjut, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah dalam kadar segera agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan walaupun merupakan warga PDRM tanpa kompromi.


PDRM Seru Elak Spekulasi

Dalam kenyataan sama, PDRM juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenterman dan kredibiliti PDRM serta menggangu siasatan yang sedang dijalankan.

Orang ramai juga disarankan untuk memberi kerjasama serta membantu pihak PDRM dalam usaha membanteras perlakuan jenayah dengan menyaluarkan sebarang maklumat menerusi talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd