Now Reading
Rakyat Malaysia Dedah Derita Dipaksa Kerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar

Rakyat Malaysia Dedah Derita Dipaksa Kerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar

Mangsa mendedahkan dia dipaksa untuk membayar wang tebusan sebanyak RM15,000 untuk membolehkan diri mereka dibebaskan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah sindiket penipuan kerja melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara seperti Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja merupakan perkara yang kini mula dipandang serius selepas banyak kes dilaporkan.

Sebelum ini, salah seorang mangsa yang merupakan rakyat Malaysia menceritakan kisah dukanya apabila dipaksa tidur dengan ramai lelaki dengan berpakaian seksi kerana tidak berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa wanita beragama Islam yang diperdaya dengan tawaran kerja bergaji lumayan telah dicabul serta dijamah dengan lauk daging khinzir.

BACA JUGA: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar

Mangsa Dapat Tawaran Kerja Di Singapura Tetapi Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Thailand

Terbaharu, beberapa lagi rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket jenayah penipuan kerja di Myanmar telah selamat dibawa pulang ke Malaysia.

Sumber: Twitter @marsyaiskndr

Memetik laporan The Star, salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Muhamad berusia 19 tahun mendedahkan kehidupannya di sana ibarat ‘neraka’ kerana sering dipukul dan dibiarkan kelaparan.

Muhamad menceritakan dia dipaksa menjadi ‘love scammer’ dari Eropah di sebuah lokasi dikenali sebagai KK Garden yang disifatkan sebagai ‘bandar dystopian’ dengan tembok setinggi empat meter, dikepung dengan dawai berduri serta dikawal ketat oleh pengawal bersenjata.

Dalam tempat itu, memang semuanya lengkap seperti sebuah bandar tetapi tiada balai polis atau masjid. Tempat itu memang besar, lagi besar berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Muhamad.

Pemuda ini pada awalnya mendapat tawaran pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah dengan gaji yang lumayan di Singapura menerusi media sosial bersama empat lagi orang rakannya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Global News)

Namun setibanya di sana, pihak ejen memaklumkan tiada kekosongan pekerjaan dan menawarkan mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Thailand pada bulan September lalu.

Setibanya kami di Bangkok, Thailand, sudah ada teksi menunggu dan perjalanan kami memakan masa beberapa jam sehinggalah tiba di sempadan Thailand-Myanmar. Kemudian, kami dibawa ke KK Garden.

Muhammad.

Walau bagaimanapun, Muhammad enggan bekerja sebagai ‘scammer’ kerana memegang pada kata-kata ibunya untuk tidak menipu seseorang.

Muhammad dan seorang lagi rakannya berusia 21 tahun yang enggan bekerja sebagai ‘scammer’ kemudiannya diugut untuk membayar wang tebusan RM15,000 setiap seorang sekiranya ingin dilepaskan.

Malah, mereka juga hampir dijual kepada sindiket lain sebelum berjaya melarikan diri dan meminta pertolongan dari pemilik sebuah restoran berhampiran ketika mereka diturunkan di sebuah hotel untuk transit.

Setiap hari kami akan dibelasah dan dikurung di dalam bilik selama sebulan. Lapan hari sebelum kami berjaya menyelamatkan diri, memang tiada langsung makanan diberikan dan kami cuma minum air sahaja.

Muhamad.

Ibu Mangsa Minta Bantuan Pihak Polis & MHO Untuk Selamatkan Anaknya

Ibu Muhamad juga menceritakan kepada wartawan Harian Metro bahawa anaknya itu pernah menghubungi keluargnya beberapa kali ketika berada di Myanmar untuk memberitahu bahawa dia selamat bekerja dengan sindiket penipuan.

Sumber: Harian Metro

Wanita tersebut yang ingin dikenali sebagai Moon mula bimbang apabila mendapat tahu penjenayah meminta wang tebusan sebanyak RM15,000 untuk membebaskan anaknya.

Disebebkan itu, mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Parit Raja dan telah bertemu dengan Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim  untuk meminta bantuan.

Sebagai pekerja yang tidak berpendapatan tetap, saya tak ada sejumlah wang sebanyak itu untuk dibayar kepada pihak sindiket. Sepanjang proses untuk mendapatkan bantuan, saya setiap hari berdoa kepada Allah SWT agar anak dan mangsa-mangsa lain diberikan keselamatan.

Ibu kepada Muhammad iaitu Moon.

Doa Moon akhirnya termakbul selepas anaknya telah selamat dibawa pulang ke Malaysia bersama lagi mangsa lain, diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang dari Bangkok.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd