Now Reading
Dividen ASB 2022 4.60 Sen Seunit & Bonus Khas 0.50 Sen Seunit Kepada 30,000 Unit Pertama

Dividen ASB 2022 4.60 Sen Seunit & Bonus Khas 0.50 Sen Seunit Kepada 30,000 Unit Pertama

Jumlah pengagihan 4.60 sen seunit itu dibuat berdasarkan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini (22 Disember) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 4.60 sen seunit kepada kesemua pemegang unit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022.

Pengagihan itu dibuat berdasarkan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.

Dalam pada itu, PNB juga mengumumkan bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit dan hanya terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja.

Ini menjadikan jumlah pembayaran sebanyak RM8.9 bilion akan diagihkan kepada 10.6 juta pelabur pada tahun 2022.

Pengagihan pendapatan juga dilihat mengatasi Pulangan Kadar Deposit Tetap sebanyak 283 mata asas.

Pada tahun lalu, PNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit kepada kesemua pemegang unit dengan agihan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

BACA JUGA: PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun 2021


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd