Now Reading
PM Batalkan Sambutan Tahun Baharu 2023, Mahu Beri Tumpuan Kepada Banjir

PM Batalkan Sambutan Tahun Baharu 2023, Mahu Beri Tumpuan Kepada Banjir

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2022.

PM Batalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 Tanda Hormati Bencana Banjir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap tahun, Sambutan Ambang Tahun Baharu akan diadakan dengan meriah dengan adanya percikan mercun bunga api di langit.

Namun pada tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2022.

Keputusan itu diumumkan oleh Anwar di Perdana Putra hari ini (21 Disember) selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Anwar menjelaskan sambutan tahunan itu dibatalkan bagi menghormati bencana banjir yang sedang melanda penduduk di negeri Pantai Timur.

Kita memutuskan untuk membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka oleh kerana banjir dan kesusahan yang sedang melanda rakyat di negeri Pantai Timur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau lagi, mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini turut memberi tumpuan soal banjir di Kelantan dan Terengganu.

Jelas PM, beliau sendiri akan turun ke Kelantan petang ini bagi meninjau keadaan di sana.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd