Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Setahun Untuk Kerja Pembaikan
Tindakan penutupan Jalan Batang Kali-Genting ini dilakukan bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki semula jalan serta cerun yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada 16 Disember lalu, satu tragedi buruk dalam sejarah negara telah berlaku apabila kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor terjadi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya.
Tragedi tersebut telah mengakibatkan 25 orang mangsa maut termasuklah kanak-kanak yang berada di lokasi kejadian.
Sehingga kini, proses mencari dan menyelamat masih berterusan bagi mencari mangsa yang masih hilang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Umum Tutup Jalan Batang Kali-Genting Selama Satu Tahun
Berikutan kejadian tanah runtuh itu, laluan sepanjang Jalan Batang Kali-Genting di Hulu Selangor akan ditutup dalam tempoh setahun sebelum ia boleh dibuka semula untuk kegunaan awam.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman memaklumkan tindakan tersebut dibuat bagi membaiki semula jalan serta cerun yang terjejas.
Walaupun jalan di kawasan itu masih baik, tetapi kami tidak berani untuk membuka laluan tersebut kepada orang ramai sehingga cerun baharu dibuat dan ia akan mengambil masa kira-kira satu tahun untuk disiapkan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.
Sumber: Berita Harian
Dalam pada itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang akan diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak lama lagi.
Kementerian juga akan menjalankan kajian mendalam mengenai pengurusan cerun di tapak itu sebaik sahaja misi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan selesai.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.