Now Reading
Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Dalam Banjir Di Terengganu

Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Dalam Banjir Di Terengganu

Kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari rumahnya di Kampung Apal, Jerteh, Besut, Terengganu ketika ibu saudaranya sedang bersiap untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak beberapa hari yang lalu, negeri di Pantai Timur dilaporkan mengalami hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan kejadian banjir di Terengganu dan Kelantan.

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu pada tahun ini selepas dia dikatakan terjatuh dari rumahnya di Kampung Apal, Jerteh, Besut, Terengganu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pada jam 3:40 petang semalam (18 Disember).

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan pihak mereka menemukan mayat mangsa Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Tangkap layar video ahli keluarga mangsa cuba melakukan pertolongan cemas ketika mayat mangsa ditemui.
(Sumber: Kosmo)

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika ibu saudara mangsa sedang membuat persiapan barang untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat peningkatan paras air. Tidak lama selepas itu, dia mendapati mangsa telah keluar sendiri melalui pintu dapur dan terjatuh ke dalam air banjir sebelum dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa

Mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Besut, Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa untuk lebih berwaspada dan menjaga keselamatan anak-anak kecil mereka sepanjang tempoh banjir ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: APM Terengganu

Sehingga kini, keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan dilaporkan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS semakin meningkat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Rabu ini (21 Disember) di seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan Jerantut serta Kuantan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd