Now Reading
PDRM & FBI Berkas Lelaki 39 Tahun Miliki Bahan Pornografi Kanak-kanak

PDRM & FBI Berkas Lelaki 39 Tahun Miliki Bahan Pornografi Kanak-kanak

Bukit Aman dengan kerjasama pihak FBI telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun di Klang, Selangor yang dikatakan memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak.

pedo

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 13 Disember lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui bahagian siasatan seksual, wanita, dan kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dilaporkan telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek mendapati terdapat sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer milik suspek.

Datuk Hajah Noorsiah DCP Setiausaha Polis Malaysia dalam masa yang sama menjelaskan bahawa siasatan turut mendapati bahawa suspek berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.

Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router, dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Kenyataan Media, Setiausaha Polis Malaysia.

Menerusi kenyataan sama, PDRM menjelaskan bahawa kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI).

Suspek kini ditahan reman selama empat (4) hari bermula semalam (14 Disember) sehingga 17 Disember 2022.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes ini.

BACA JUGA: Undang-undang Anti Gangguan Seksual Perlu Dilaksanakan Secara Berkesan

BACA JUGA: [Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!

BACA JUGA: Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd