Now Reading
Pemandu Ubah Haluan Secara Tiba-tiba Boleh Didenda Hingga RM10,000

Pemandu Ubah Haluan Secara Tiba-tiba Boleh Didenda Hingga RM10,000

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di atas jalan raya pun ada ‘adab’ tersendiri.

Sebab itulah jangan sesuka hati menukar lorong ataupun memasuki simpang tanpa memberi isyarat, dan sebagainya.

Ia bukan sahaja menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai adab, malah akan jelas menampakkan bahawa individu seperti ini sememangnya membahayakan orang lain.

Sebagai contoh, anda berada di bulatan sesebuah kawasan dan ingin ke simpang kedua, pemandu kereta belakang tidak akan mengetahui bahawa anda ingin masuk ke simpang tersebut jikalau isyarat tidak diberikan terlebih dahulu.

Bila berlanggar, mulalah bertikam lidah dan menyalahkan satu sama lain.


Pemandu Ubah Haluan Secara Mengejut Boleh Dikenakan Denda Atau Penjara – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah memaklumkan tindakan mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran (signal) sehingga menyebabkan kecederaan parah boleh mengakibatkan pengguna jalan raya itu didenda sehingga RM 10,000.

PDRM turut menjelaskan bahawa perbuatan ini juga mungkin boleh menyebabkan pemandu tersebut berdepan hukuman penjara.

Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi kenyataan Facebook.

Mengulas lanjut, PDRM menyatakan pemandu jalan raya yang menyebabkan kejadian itu bakal berdepan dengan dua jenis hukuman iaitu:

  1. Denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 ATAU;
  2. Penjara tidak melebihi 12 bulan.

PSA daripada pihak TRP: Setiap pengguna jalan raya yang ingin tampil mengemukakan sebarang bukti tentang pelanggaran peraturan menukar lorong seperti ini, adalah lebih baik jika anda boleh mengemukakannya dalam bentuk video yang dirakam jelas daripada dashcam.

Dashcam ini bukan sahaja penting jika berlaku kemalangan tidak dijangka, malah ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti penting sekiranya berlaku jenayah secara spontan.

Kredit: Autoblog

Kalau kereta anda masih belum memiliki dashcam, boleh lihat pilihan terbaik yang ada di pasaran di SINI.

BACA JUGA: [Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai

BACA JUGA: 6 Senarai Top Dashcam Di Shopee. Confirm Berbaloi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd