Now Reading
Letupan Bom Kali Kedua Di Landasan Kereta Api Songkhla Ragut 3 Nyawa

Letupan Bom Kali Kedua Di Landasan Kereta Api Songkhla Ragut 3 Nyawa

Insiden berlaku kira-kira jam 6:30 pagi (7:30 pagi waktu Malaysia) di mana pada ketika itu tujuh pekerja SRT berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom.

bom songkhla

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (6 Disember) telah berlakunya kejadian di mana tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) dilaporkan maut, manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pada pagi ini.

Kejadian berlaku berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api yang dibom pada Sabtu lalu (3 Disember).

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mej Jen Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.

Mengulas lanjut, insiden dikatakan berlaku kira-kira jam 6:30 pagi (7:30 pagi waktu Malaysia) di mana pada ketika itu tujuh pekerja SRT berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom itu.

Beliau dalam masa yang sama berkata satu letupan berlaku kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pertama.

Letupan kuat menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat sedang diusahakan.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mej Jen Paisan Nusang menerusi Sinar Harian.

Untuk rekod, Sabtu lalu kejadian di mana sebuah kereta api barang mengangkut getah dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar telah dilapor tergelincir selepas landasan kereta api itu dibom.

11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan. Siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di atas landasan.

Walau bagaimanapun, SRT memberitahu bahawa tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pekerja kereta api iaitu terdiri daripada dua orang pemandu, seorang juruteknik dan pekerja lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd