Now Reading
SKMM & PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan Video Berbayar Tentang Isu 13 Mei

SKMM & PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan Video Berbayar Tentang Isu 13 Mei

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil TikTok selepas mendapati sekurang-kurangnya tiga video 13 Mei yang mempunyai label ‘Paid Partnership’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum Pilihanraya Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 9 November lalu, terdapat banyak dakwaan yang tersebar mengatakan beberapa influencer dibayar oleh segelintir parti politik untuk mempromosikan kempen mereka.

Beberapa hari sebelum tarikh membuang undi, banyak akaun di TikTok yang memuat naik video memaparkan maklumat tidak tepat tentang peristiwa 13 Mei 1969 sehingga membangkitkan isu perkauman dan juga diskriminasi.

BACA JUGA: TikTok Sekat Kandungan Berunsur Keganasan Melibatkan Tragedi 13 Mei

Walaupun pihak TikTok telah menurun video-video itu dan membuang akaun yang terlibat, namun terdapat segelintir konten video 13 Mei yang sebenarnya telah dibayar oleh pihak tertentu.

Memetik laporan Malaysiakini, terdapat sekurang-kurangnya tiga video 13 Mei di TikTok yang dibayar kerana didakwa mempunyai label ‘Paid Partnership’ di bahagian kapsyen.

BACA JUGA: Influencers Are Allegedly Being Paid To Promote Political Parties

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pengurusan TikTok bagi menjelaskan mengapa video yang mendakwa kononnya peristiwa 13 Mei boleh berulang lagi dibayar dan dipromosikan di platform itu.

“Penyebaran kandungan provokasi dengan niat untuk menimbulkan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” kata SKMM dalam satu kenyataan media.


Cara Buat Laporan Jika Terjumpa Konten Berunsur Negatif

Sekiranya anda terjumpa mana-mana kandungan video yang meragukan dan bersifat prejudis, pihak SKMM menasihati orang ramai untuk mengikut langkah-langkah di bawah.

Antaranya:

  1. Jangan kongsi dan sebarkan jika tidak pasti.
  2. Jangan kongsi di platform media sosial.
  3. Laporkan video tersebut kepada SKMM jika kandungannya mempunyai elemen provokasi, menghina agama kaum dan institsui diraja.

BACA JUGA: MCMC Hukum Denda & Penjara Jika Individu Muat Naik Konten Berita Palsu Berbaur Provokasi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd