Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, bulan November sehingga Mac merupakan tempoh di mana perubahan angin sejuk Monsun Timur Laut (MTL) dari tanah besar China sehingga menjadi faktor pembentukan awan hujan yang lebih kerap.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip melaporkan suhu harian negara akan berada antara 22 sehingga 30 darjah Celcius dalam tempoh ini.
Apabila awan hujan kerap terbentuk, sinaran matahari akan terlindung dan menyebabkan suhu persekitaran lebih sejuk berbanding tempoh biasa.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Negeri-negeri yang berada di kawasan tanah rata di pedalaman seperti Kelantan, Pahang dan Perak juga pernah mengalami suhu yang lebih sejuk sehingga boleh mencecah 17 dan 18 Celcius pada tahun 2014.
Selain itu, Pakar Meteorologi Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah juga menjelaskan bahawa faktor cuaca sejuk ini turut dialami berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia.