Now Reading
Mydin Gesa Isu Kekurangan Bekalan Telur Diselesaikan Segera

Mydin Gesa Isu Kekurangan Bekalan Telur Diselesaikan Segera

Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin turut membuat pemantauan di beberapa pasar raya sekitar Malaysia untuk melihat bekalan telur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bekalan telur merupakan salah satu bahan keperluan masyarakat Malaysia selain minyak dan beras. Tanpa adanya bahan seperti telur, perniagaan makanan yang menggunakan telur tidak dapat berjalan dengan lancar.

Apabila kurangnya bekalan telur, produk jualan menjadi terhad dan peniaga bertindak untuk menaikkan harga makanan mereka.

Beberapa bulan sebelum ini dilaporkan pengeluaran bekalan telur telah berkurang kepada 871.9 juta berbanding jumlah keperluan iaitu sebanyak 968.8 juta.

BACA JUGA: Malaysia Tak Mampu Import Telur Ayam, Menteri Cadang Subsidi RM20 Juta Sebulan

Sumber: Malay Mail

Pengarah Mydin Gesa Bekalan Telur Di Pasaran ‘Dikembalikan’

Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin telah menyuarakan kebimbangan beliau selepas mendapati masalah kekurangan bekalan telur merumitkan kehidupan masyarakat.

BACA JUGA: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau telah menggesa tindakan segera diambil agar masalah kekurangan bekalan yang dialami seluruh negara diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sumber: The Malaysia Reserve

Namun ada yang mendakwa isu tersebut telah selesai selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Orang ramai tidak boleh berharap sesuatu yang ‘ajaib’ dapat menyelesaikan masalah ini. Dan saya pasti Perdana Menteri kita juga sedia maklum dengan masalah ini dan akan mengambil langkah secepat mungkin.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin.

Masalah ini mula berlaku akibat kos pengeluaran telur yang lebih tinggi berbanding harga siling.

Pada masa sama, Ameer turut memberi cadangan agar kerajaan memansuhkan harga siling bagi telur dan melarang eksport telur ke beberapa negara seperti Singapura dan Hong Kong bagi memastikan bekalan telur di pasaran tempatan mencukupi.

BACA JUGA: Ini 3 Tips Untuk Elak Telur Cepat Rosak & Tahan Lama


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd