Now Reading
Sultan Brunei Pandu Sendiri Kereta 41KM Bawa Anwar Ibrahim Ke Seri Perdana

Sultan Brunei Pandu Sendiri Kereta 41KM Bawa Anwar Ibrahim Ke Seri Perdana

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memandu kereta jenis BMW dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Seri Perdana, Putrajaya dengan membawa sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Brunei Pandu Sendiri Kereta 41KM Bawa Anwar Ibrahim Ke Seri Perdana (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia telah mendapat banyak reaksi positif dari seluruh masyarakat Malaysia dan juga pemimpin-pemimpin luar negara.

Antara negara luar yang tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Anwar selepas beberapa jam pelantikan beliau adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Terima Ucapan Tahniah Dari Pemimpin Seluruh Dunia

Sultan Brunei Berkenan Pandu Sendiri Kereta Jenis BMW Bawa Anwar Ibrahim Ke Putrajaya

Semalam (28 November), Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah tiba di Malaysia sempena lawatan khas baginda ke negara ini.

Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa delegasi Brunei telah disambut di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar jam 11:40 pagi dengan perbarisan tabik hormat oleh Tentera Darat Malaysia.

Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim

Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila baginda berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW sejauh 41 kilometer dengan membawa Anwar ke lokasi merek iaitu dari Pangkalan TUDM ke Seri Perdana, Putrajaya.

Turut menaiki kenderaan tersebut adalah anakanda baginda iaitu Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter (@bernamadotcom), Anwar dilihat sempat melambaikan tangan beliau di bahagian tingkap kereta kepada pengamal media yang hadir sebelum memulakan perjalanan.

Perjalanan kedua-dua pemimpin ini juga diiringi oleh pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta sebagai langkah keselamatan.

Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim
Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan terakhir Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah pada tahun 2019 yang lalu sewaktu menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Umum Bakal Perkecil Saiz Kabinet & Potong Gaji Menteri

BACA JUGA: ‘Pasang Surut’ Sejarah Anwar Ibrahim Sepanjang Bergelar Ahli Politik

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd