Now Reading
PLUS Tutup Lebuhraya Di Ipoh Utara-Selatan Esok (30 November) Mulai Jam 10 Pagi

PLUS Tutup Lebuhraya Di Ipoh Utara-Selatan Esok (30 November) Mulai Jam 10 Pagi

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Lumpur dari Kuala Kangsar pada esok hari iaitu 30 November dinasihati untuk menggunakan jalan alternatif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


PLUS Malaysia hari ini mengumumkan di media sosial mereka bahawa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara plaza tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan dari KM267.3 ke KM280.6 menuju ke selatan akan ditutup buat sementara waktu.

Penutupan itu akan bermula esok, 30 November (Rabu) dari jam 10:00 pagi hingga 2:30 petang.

Pengguna jalan raya dari arah utara atau Kuala Kangsar menghala ke selatan atau Kuala Lumpur dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif.

Laluan berkenaan akan dilencongkan ke Jalan Persekutuan (FT240) Jalan Jelapang-Ampang dan mereka yang menghala ke selatan boleh memasuki semula lebuhraya itu melalui plaza tol Ipoh Selatan.

Penutupan tersebut dilakukan untuk memberi laluan kepada Latihan Simulasi Kecemasan Lebuhraya yang dilakukan bagi menilai tahap kesiapsiagaan warga PLUS dan agensi lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat trafik terkini atau bantuan kecemasan, pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd