Now Reading
MCMC Hukum Denda & Penjara Jika Individu Muat Naik Konten Berita Palsu Berbaur Provokasi

MCMC Hukum Denda & Penjara Jika Individu Muat Naik Konten Berita Palsu Berbaur Provokasi

Individu yang memuat naik kandungan berunsur provokasi dan berita palsu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC Bakal Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Pihak Muat Naik Konten Provokasi & Berita Palsu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyebaran berita palsu yang berbaur fitnah dan boleh menimbulkan provokasi merupakan perkara utama yang menjadi perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MCMC, Pengerusi Interim MCMC iaitu Tan Sri Mohamad Salim memaklumkan hasil pemantauan pihak mereka mendapati kandungan berbnetuk provokasi dan juga berita palsu di platform atas talian telah berkurang berbanding ketika musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Sumber: SoyaCincau

Sehingga kini, sebanyak 101 hantaran berunsur provokasi yang dimuat naik di media sosial dilaporkan oleh orang ramai dan juga telah diturunkan dengan segera. 

Pihak MCMC menzahirkan penghargaan mereka atas kerjasama TikTok dan Instagram selepas menurunkan kesemua kandungan yang dilaporkan oleh pengguna mereka.

Pesalah Boleh Dikenakan Tindakan tegas Jika Muat Naik Semula Kandungan Yang Telah Diturunkan

Tindakan tegas boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang menularkan semula kandungan yang telah diturunkan atau akaun yang telah dinyahhapus.

Sebarang kandungan atas talian yang bersifat palsu dan mengancam keselamatan orang ramai merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Okezone)

Individu yang disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak MCMC menyeru orang ramai supaya menghormati perbezaan pendapat dan menerima kepelbagaian kaum serta bangsa yang ada di Malaysia.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: SelangorKini)

Sekiranya anda menjumpai mana-mana kandungan yang mempunyai unsur berbaur hasutan, provokasi atau menghina kaum, agama, bangsa dan Institusi Diraja, laporkan isu tersebut melalui portal Aduan MCMC [DI SINI].

Anda juga boleh membuat laporan di talian aduan 1800-188-030 atau WhatsApp di 016-2206 262.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau membuat laporan berhubung sebarang berita palsu yang tersebar di emel aduanskmm@mcmc.gov.my atau melalui pautan Sebenarnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd