Now Reading
Anwar Ibrahim Umum Bakal Perkecil Saiz Kabinet & Potong Gaji Menteri

Anwar Ibrahim Umum Bakal Perkecil Saiz Kabinet & Potong Gaji Menteri

Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu menjelaskan keutaamaan beliau ketika ini adalah kos sara hidup rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam satu sidang media yang baru diadakan sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan mengecilkan saiz Kabinet Kerajaan Perpaduan Nasional yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan juga Gerakan Parti Sarawak (GPS).

Anwar juga akan mempertimbangkan semula usul bagi mengurangkan gaji Jemaah Menteri. Namun, cadangan tersebut masih dalam perbincangan.

Antara perkara lain yang diumumkan ketika sidang media berkenaan adalah tentang semakan kos barang bagi meringankan beban rakyat dari segi ekonomi.

Kami akan mengadakan perbincangan dengan jabatan kerajaan dan agensi terlibat selewat-lewatnya Isnin ini untuk meneliti semula kos sara hidup rakyat meskipun hari tersebut merupakan cuti umum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga telah menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar secara rasmi selepas dimaklumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor pada pagi hari ini (25 November).

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Umum Cuti Khas Isnin Depan, 28 November

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Terima Ucapan Tahniah Dari Pemimpin Seluruh Dunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd