Now Reading
Anwar Ibrahim Terima Ucapan Tahniah Dari Pemimpin Seluruh Dunia

Anwar Ibrahim Terima Ucapan Tahniah Dari Pemimpin Seluruh Dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi pemimpin negara luar pertama yang menghubungi Anwar Ibrahim untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


24 November 2022 merupakan tarikh yang cukup bersejarah buat rakyat Malaysia selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu telah berlangsung di Istana Negara pada jam 5:00 petang.

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Selamat Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10

Sumber: Instagram/@anwaribrahim_my

Pada malam tersebut juga, Anwar yang berusia 75 tahun telah mengadakan sidang media khas di Kelab Golf Sungai Long, Kajang.

Anwar memaklumkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui olehnya itu merupakan gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar turut membuat pengumuman khas akan memberi cuti kepada rakyat Malaysia pada Isnin 28 November ini.

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Umum Cuti Khas Isnin Depan, 28 November

Sumber: Fernando Fong/TRP

Lebih 20 Negara Luar Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 juga mendapat reaksi positif dari lebih 15 buah negara luar selepas mereka dilihat memuat naik hantaran dengan memberi ucapan tahniah kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

Memetik laporan News Straits Times, Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi pemimpin negara luar pertama yang menghubungi Anwar untuk mengucapkan tahniah kepada beliau.

Anwar juga menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang turut memberikan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.

Antara negara lain yang tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim di media sosial mereka adalah:

1. Jepun

2. Australia

3. Maldives

4. Pakistan

5. Taiwan

6. Somalia

7. Singapura

8. Palestin

9. Qatar

10. India

11. Afghanistan

12. Tanzania

13. Bahrain

14. Iran

15. Finland

16. Turkiye

17. Bekas Duta Besar Amerika Syarikat

18. Duta Besar Kesatuan Eropah (European Union)

19. Sejarawan Amerika Syarikat

20. Dalai Lama ke-14

21. Pelakon Filem Shang-Chi

Pihak TRP juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dengan adanya sokongan baik daripada pelbagai negara seluruh dunia ini, diharapkan Malaysia dapat menjadi salah sebuah negara yang membangun dan disegani di peringkat antarabangsa.

BACA JUGA: PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10

BACA JUGA: ‘Pasang Surut’ Sejarah Anwar Ibrahim Sepanjang Bergelar Ahli Politik

BACA JUGA: “Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd