Now Reading
PDRM Lancar SJR Di Lokasi Tertentu Seluruh Negara Pada Luar Waktu Puncak

PDRM Lancar SJR Di Lokasi Tertentu Seluruh Negara Pada Luar Waktu Puncak

PDRM memberi jaminan bahawa tiada SJR bakal dilakukan ketika waktu puncak/siang hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bermula 22 November 2022 sehingga satu masa ditetapkan, PDRM akan melancarkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara secara penugasan 24 jam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani menjelaskan, langkah mendirikan SJR ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak mereka bagi mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence.

Ia juga bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak/siang hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani.

PDRM juga meminta orang ramai memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak.

Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd