Now Reading
[Amaran] NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Selangor, Johor & 5 Negeri Lain

[Amaran] NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Selangor, Johor & 5 Negeri Lain

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam di beberapa negeri termasuk Selangor.

NADMA Keluar Notis Kemungkinan Banjir Kilat Di Beberapa Negeri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia kini perlu bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan termasuklah risiko banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa ketika musim tengkujuh.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bahawa Malaysia bakal mengalami hujan lebat secara berterusan mulai pertengahan bulan November sehingga awal tahun 2023.

BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

Pada 17 November lalu, beberapa kawasan sekitar Selangor seperti Puchong, Shah Alam dan Klang juga telah dinaiki air selepas hujan lebat turun selama beberapa jam.

BACA JUGA: [Video] Warga Shah Alam & Klang Kongsi Kawasan Mula Naik Air Sejak Semalam Akibat Hujan Lebat

NADMA Keluar Notis Kesiapsagaan Kemungkinan Banjir Kilat Kepada Penduduk

Baru-baru ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan satu notis di laman Twitter rasmi milik mereka (@mynadma) untuk memberi peringatan dalam tempoh 24 jam kepada penduduk tempatan tentang kemungkinan banjir kilat.

Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh MetMalaysia, sistem Southeastern
Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

Antara kawasan yang berisiko banjir kilat adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Johor
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Sarawak
Sumber: Twitter/@mynadma

Berikutan itu, penduduk di kawasan yang terlibat dinasihati untuk berwaspada dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Orang ramai juga diminta untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan banjir bagi melindungi keselamatan semua pihak.

Anda boleh layaran laman web Public Info Banjir atau di laman Twitter @JPS_InfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir bagi mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.


BACA JUGA: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Perlu Siap Siaga Simpan Ubat-ubatan Hadapi Musim Tengkujuh


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd