5 Juta Data Peribadi Penumpang AirAsia Didakwa Digodam
Sekumpulan penggodam dikenali sebagai Daixin didakwa telah menggodam maklumat peribadi penumpang dan pekerja syarikat AirAsia sejak awal November lalu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Jenayah penggodaman maklumat peribadi kini semakin berleluasa dan tidak mustahil ia boleh menyebabkan jenayah penipuan (scam) juga semakin meningkat.
Baru-baru ini, sejumlah lima juta maklumat peribadi melibatkan penumpang serta pekerja syarikat penerbangan tambah murah terkenal iaitu AirAsia didakwa telah digodam oleh sekumpulan penggodam dikenali sebagai Daixin.
Menurut perkongsian dimuat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna (@TheFuturizts), kumpulan penggodam itu didakwa mula melakukan jenayah tersebut pada awal November lalu dan telah berkongsi dua fail mengandungi pelbagai maklumat.
Fail pertama mempunyai perisian data peribadi penumpang manakala fail kedua pula mengandungi maklumat pekerja seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh mula bekerja serta ‘soalan rahsia’ beserta jawapan mereka.

Menurut laporan Lowyat, jurucakap Daixin telah dihubungi oleh pihak AirAsia untuk berbincang bagi memadam semua data yang dibocorkan itu.
Namun perbincangan tersebut didakwa gagal mencapai kata sepakat disebabkan amaun bayaran wang penebusan justeru kumpulan penggodam itu mengugut akan menyebarkan segala data yang dimiliki mereka.
Sinar Harian turut melaporkan bahawa kejadian tersebut sememangnya telah mengejutkan pihak syarikat penerbangan AirAsia kerana sebelum ini kumpulan penggodam hanya ‘menyerang’ perniagaan di Amerika Syarikat sahaja.
Pihak TRP telah menghubungi pihak komunikasi AirAsia tetapi masih belum mendapat jawapan rasmi dari mereka.
Pihak AirAsia juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian kebocoran maklumat ini.
1. The personal data of 5 million AirAsia passengers may have been compromised.
— The Futurizts (@TheFuturizts) November 21, 2022
The group behind the attack, identified as the Daixin Team, shared two files containing various personal details of employees and passengers. pic.twitter.com/xmuGkuaqnA
BACA JUGA: Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’!
BACA JUGA: AirAsia Tambah Laluan Baharu Dari Pulau Pinang Ke Bali
BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Jeddah
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.