Now Reading
[Video] Warga Shah Alam & Klang Kongsi Kawasan Mula Naik Air Sejak Semalam Akibat Hujan Lebat

[Video] Warga Shah Alam & Klang Kongsi Kawasan Mula Naik Air Sejak Semalam Akibat Hujan Lebat

Pihak bomba mula menerima panggilan banjir di Selangor dari orang awam pada jam 12.26 tengah malam.

Selangor Buka 3 PPS di Selangor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sekitar Selangor seperti Puchong, Kajang, Shah Alam dan Klang sejak malam semalam telah mengakibatkan kenaikan air.

Antara kawasan yang dinaiki adalah seperti:

  • Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda, Klang
  • Taman Sentosa, Klang
  • Kampung Sri Aman, Puchong
  • Putra Heights Harmoni 1, Puchong
  • Taman Chiu Liung
  • Teluk Pulai
  • Taman Maznah
  • Taman Pasir Mas, Kajang
  • Jalan Seroja, Kajang
  • Jalan Reko, Kajang
  • Taman Teknologi Kajang
  • Bukit Lanchang
  • Taman Sri Muda
  • Jalan Kebun, Shah Alam
  • Kampung Sungai Pening, Semenyih
  • Sungai Lalang, Semenyih
Paras Sungai Klang di Seksyen 23, Shah Alam sehingga jam 5:00 pagi hari ini (17 November) dilaporkan melepasi paras bahaya. (Sumber: Malaysia Gazette)

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis memaklumkan pihak mereka telah mula menerima panggilan banjir pada dari orang awam pada jam 12.26 tengah malam.

Berikutan itu, seramai 130 anggota bomba segera bergegas ke lokasi kejadian dengan membawa 20 bot, empat lori dan lapan jentera.

Sumber: Berita Harian

Sehingga jam 8:00 pagi tadi, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dengan memindahkan lebih 791 mangsa sekitar Selangor.

Laporan Berita Harian memaklumkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor telah membuka beberapa PPS yang di daerah Klang. Antaranya:

  • Masjid Kampung Johan Setia dengan menempatkan 195 mangsa daripada 49 keluarga.
  • Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Batu 7 yang menempatkan 58 mangsa daripada 15 keluarga.

Dua PPS lagi dibuka di Petaling iaitu Dewan Camelia Putra Heights dengan menempatkan 210 mangsa daripada 53 keluarga serta Masjid Putra Heights dengan jumlah 227 mangsa daripada 51 keluarga.

Kami beri tumpuan kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam operasi pemindahan mangsa ke PPS. Alhamdulillah, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Menteri Besar Selangor Juga Turun Ke Lokasi Banjir Di Selangor

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter rasmi Menteri Besar Selangor iaitu Amirudin Shari (@AmirudinShari), beliau juga telah turun di Taman Melawis bersama YDP Majlis Perbandaran Klang pada jam 2:45 pagi bagi melihata keadaan banjir di sana.

Amirudin juga akan berurusan dengan pihak KTM secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi melibatkan projek tebatan banjir di kawasan berkenaan.

Orang Ramai Muat Naik Gambar Kawasan Dinaiki Air Sejak Malam Semalam, 16 November

Di laman Twitter, ramai yang mula berkongsi gambar serta video menunjukkan kawasan mereka terutamanya di Shah Alam dan Klang dinaiki air akibat hujan lebat sejak malam semalam.

Sekiranya anda berdepan kecemasan akibat banjir di Selangor, segera buat panggilan ke Pusat Operasi C51 Smart Selangor di talian 03 5650 0503/0504/0599.

BACA JUGA: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir

BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd