Now Reading
PRU15: Cantas 50 Bendera Parti Politik, Lelaki Dihukum Penjara 12 Bulan

PRU15: Cantas 50 Bendera Parti Politik, Lelaki Dihukum Penjara 12 Bulan

Tertuduh didakwa dengan niat melakukan khianat mencantas bendera parti politik di tepi jalan Kampung Alor Parit, Jalan Bukit Raya, Pendang, sehingga menyebabkan kerugian RM1,600.

bendera politik

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Debaran dan kehangatan PRU15 kian terasa.

Jalan sahaja di mana-mana, pasti akan terlihat pacakan bendera parti berwarna biru dan merah menghiasi kawasan berkenaan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Walau bagaimanapun, ada juga kes-kes yang dilaporkan di mana bendera-bendera parti ini telah dikhianat. Malah, sampai dibuang ke dalam parit pun ada.

Tahulah sedang berkempen, tapi janganlah guna taktik ‘kotor’.

BACA JUGA: “Kecewa Dengan Sikap Politik Samseng” – 200 Bendera Pakatan Harapan Dibuang Dalam Parit


Lelaki Di Kedah Dipenjara, Kes Cantas Bendera Politik

Kes hampir sama berlaku di Alor Setar, Kedah apabila Berita Harian hari ini (17 November) melaporkan bahawa seorang lelaki didapati mengaku bersalah selepas melakukan perbuatan berunsur khianat dengan mencantas 50 batang bendera parti politik.

Perbuatan itu dilakukan olehnya pada 14 November lalu.

Tertuduh, Burhanuddin Hussain, 41, dipenjara 12 bulan di atas kegagalan membayar denda sebanyak RM4,500.

Dia juga telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat melakukan khianat mencantas bendera parti politik di tepi jalan Kampung Alor Parit, Jalan Bukit Raya, Pendang, di antara jam 10 hingga 11.30 pagi dan menyebabkan kerugian RM1,600.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh Dihantar Ke Penjara Pokok Sena

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri. Manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Sabirah Ramli.

Sabirah kemudian memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan oleh keraan tertuduh merupakan duda dan hanya berpendapatan RM1,200 sebulan. Dia juga perlu menyara anak perempuan berusia 17 tahun dan ibunya berusia 77 tahun.

Walau bagaimanapun, Asmaa’ memohon mahkamah untuk menjatuhi hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangan kes tersebut membabitkan kepentingan awam.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman denda RM4,500 atau penjara 12 bulan, jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh gagal membayar denda berkenaan dan telah dihantar ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman penjara.

BACA JUGA: Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd