Tanah Runtuh Di Ampang Timpa Sebuah Banglo & Rosakkan Dapur Serta Bilik Tidur
Pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2:26 pagi ketika kejadian tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang menimpa sebuah banglo di bahagian dapur dan bilik tidur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebuah keluarga yang tinggal di rumah banglo di Taman Halaman, Ampang berdepan detik cemas pada awal pagi hari ini (15 November) selepas kediaman mereka terlibat dalam kejadian tanah runtuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2:26 pagi.
Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan di sana.

Sejurus tiba dilokasi kejadian, pihak bomba mendapati tanah serta baruan dari cerun bukit telah merobohkan dinding dapur di tingkat satu dan bilik tidur di tingkat dua.
Pihak bomba juga mengesahkan penghuni kediaman berkenaan iaitu sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki mereka berumur 11 tahun telah selamat keluar dari rumah.
Kami menganggarkan keluasan runtuhan tanah di belakang rumah mangsa adalah sekitar 35 x 20 kaki persegi. Namun kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada keluarga mangsa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis.
Berikutan kejadian tanah runtuh itu, pemerikasaan pergerakan tanah dan sawar-sawar dipasang di kawasan tersebut. Malah, Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya turut akan menjalankan tindakan selanjutnya.
BACA JUGA: Tanah Runtuh: 200 Penghuni Di Ampang Diarah Pindah & Kajian Terperinci Akan Dilakukan
BACA JUGA: Jabatan Kerja Raya Sahkan Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highland Kerana Hujan Lebat
BACA JUGA: Tanah Runtuh Tepi Kubur Punca Kain Kafan Jenazah Terjulur Dari Liang Lahad
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.