Now Reading
PRU15: Perikatan Nasional (PN) Tawar Pelbagai Manifesto Untuk Pikat Hati Rakyat

PRU15: Perikatan Nasional (PN) Tawar Pelbagai Manifesto Untuk Pikat Hati Rakyat

Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan manifesto yang diberi nama ‘PN BEST: Prihatin, Bersih dan Stabil’, dengan merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak hari penamaan calon pada 5 November lalu, semakin ramai ahli politik yang dilihat aktif berkempen dan turun padang di kawasan yang dipertandingkan untuk merebut hati rakyat.

Turut dinanti-nantikan juga adalah manifesto yang akan dibawa oleh sesebuah parti politik untuk ditawarkan kepada rakyat sekiranya memilih pucuk pimpinan mereka mentadbir kerajaan yang baharu pada penggal seterusnya.

Boleh dikatakan hampir kesemua parti politik telah membentangkan manifesto mereka kepada awam.

Manifesto dari Perikatan Nasional (PN) Sempena PRU15

Antara yang turut tidak ketinggalan memberikan manifesto mereka adalah Perikatan Nasional (PN).

Dengan manifesto yang diberi nama ‘PN BEST: Prihatin, Bersih dan Stabil‘, pendekatan ini merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jom kami kongsikan kepada anda manifesto-manifesto yang diumumkan sendiri oleh Pengerusi PN iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad (6 November) lalu.

Antaranya:

1. Tawaran Untuk Semua Rakyat Di Peringkat Nasional

Sumber: Twitter/@PASPusat
  • Capaian Internet laju di seluruh negara serta menjamin caj 5G berpatutan termasuklah di semua sekolah.
  • Memperkasa perundangan dan sistem kehakiman shariah.
  • Memperuntukkan RM1 Bilion Dana ‘Fund For Food’ dengan kadar faedah yang rendah bagi meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan menstabilkan harga makanan.
  • Mewujudkan Kad Prihatin Nasional, sebuah akses perkhidmatan kesihatan terpilih percuma di klinik swasta dan kerajaan.
  • Insentif Khas Pekerja Gig bernilai RM10,00 bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  • Menyediakan 1,000,000 Pekerjaan Berpendapatan Tinggi dalam sektor ekonomi digital dan masa hadapan dalam tempoh lima tahun.
  • Melaksana moratorium secara automatik selama enam bulan.
  • Tabung Khas Galakan Pelaburan Malaysia Sebagai Paksi Industri Masa Hadapan di Asia Tenggara.
  • Menubuhkan MyPrihatin iaitu sebuah pusat sehenti baharu dan pangkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
  • Memperkasakan Sistem Perundangan & Kehakiman Syariah.
  • Memperkasakan Pelan Antirasuah Nasional dan mewujudkan Mahkamah Antirasuah.
  • Larangan sumbangan Dana Politik Dari Luar Negara bagi menjaga kedaulatan negara.
  • Menubuhkan Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim khusus bagi menangani banjir dan bencana lain dengan lebih efektif.
  • Memperkasakan Akta Dewan Bahasa & Pustaka bagi memartabatkan bahasa Melayu.
  • Mempercepatkan Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Lingkaran Tengah Utama (CSR) Pantai Timur 3 (LPT 3).
  • Mengurangkan kesesakan lebuh raya dengan mempercepatkan penggunaan sistem tol tanpa palang dan menambah lorong di lokasi kritikal.
  • Peruntukan kesihatan dinaikkan lebih 5% daripada KDNK secara berperingkat demi memperkasakan kualiti perkidmatan kesihatan.
  • Moratorium pinjaman PMKS yang lebih berkesan bagi membantu peniaga kecil.
  • Kenaikan kadar Elaun Sara Hidup (COLA) kakitangan awam sebanyak RM 100.
  • RM1 Bilion dana khas pelaburan bagi mewujudkan produk baharu pelancongan domestik bernilai tinggi.
  • Mengutamakan barangan buatan Malaysia.
  • Mewujudkan Enam Hab Mega Pengeluaran Makanan Negara di kawasan strategik dengan pelan penggunaan tanah yang komprehensif untuk tujuan pengeluaran, ketersediaan dan pengedaran makanan bagi mencapai tahap sara diri negara.
  • Meningkatkan kecekapan dalam sektor pengeluaran agromakanan melalui penerima gunaan teknologi dan automasi.
  • Menubuhkan sebuah entiti kerajaan untuk memastikan stok simpanan bahan makanan asas negara dapat memenuhi keperluan rakyat.
  • Memperkukuhkan industri pengeluaran baja dan makanan ternakan dalam negara melalui penglibatan GLC.
  • Meningkatkan penguatkuasaan bagi mekanisme penstabilan harga barang makanan asas yang holistik dan mampan.
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengairan pertanian dengan menggunakan teknologi pintar bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil seperti pengeluaran padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.
  • Meningkatkan penguatkuasaan terhadap pencemaran alam sekitar yang memberikan impak negatif kepada pengeluaran dan keselamatan makanan negara.
  • Mewujudkan ekosistem politik yang bersih, telus dan bertanggungjawab berlandaskan kepatuhan kepada agama, moral dan etika.
  • Mempertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas bagi tiga cabang kuasa negara iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif.
  • Melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa sebarang campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.
  • Memperkasakan sistem perundangan dan kehakiman syariah bagi meningkatkan kecekapan pengendalian kes-kes syariah.
  • Menambah baik Akta Undang-Undang Sivil untuk memberi lebih perlindungan dan pampasan kepada mangsa kemalangan.

2. Tawaran Kepada Pendidik Termasuklah Mahasiswa, Belia Dan Juga Kanak-kanak

Sumber: Twitter/@PASPusat
  • Hak kanak-kanak dilindungi dengan memantapkan undang-undang sedia ada.
  • Menyediakan peruntukan khas penyelenggaraan sekolah sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun bagi tempoh 2023-2025.
  • Menyediakan Internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru di semua sekolah seluruh negara.
  • Memperuntukkan komputer riba untuk semua guru di institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan tugasan pengajaran dan pembelajaran.
  • Akses kepada peranti digital untuk murid di seluruh negara.
  • Menaikkan elaun guru KAFA sebanyak 50% kepada RM1,500 sebulan dan memperkenalkan Skim Khas Penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat.
  • Meningkatkan kapasiti dan kepakaran Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas untuk kanak-kanak khas) dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, intervensi, pemulihan dan perundingan kepada kanak-kanak seluruh negara, termasuk kanak-kanak autisme selain peruntukan RM50 juta bagi membangunkaan infrastruktur dan pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
  • Menaik taraf bangunan daif di sekolah bagi menyediakan persekitaran selamat dan kondusif.
  • Mempercepatkan pembinaan sekolah atau bangunan tambahan terutama di kawasan penduduk berkepadatan tinggi serta menambah baik prasarana di sekolah-sekolah yang berasrama.
  • Menambah bilangan pembantu pengurusan murid khususnya bagi sekolah padat murid.
  • Meningkatkan kadar enrolmen murid dalam bidang STEM.
  • Menaik taraf institusi TVET dengan kurikulum bertaraf global menerusi kerjasama swasta.
  • Dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran TVET.
  • Memperkasa sistem sokongan psikologi, termasuk kesihatan mental.
  • Menangani risiko murid cicir persekolahan dan murid cicir dalam pembelajaran.
  • Mewujudkan badan penyelaras atau pusat biasiswa negara bagi menyelaras pemberian biasiswa dan geran penyelidikan kerajaan dan swasta.
  • Meningkatkan kadar pelepasan cukai bagi simpanan pendidikan SSPN kepada RM10,000 sehingga tahun 2027.
  • Menyediakan bantuan awal pengajian sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di IPT.
  • Menyediakan peranti digital bagi siswa dari keluarga B40 dan M40 yang layak.
  • Memperkasakan program atau kursus dalam bidang industri masa hadapan yang ditawarkan oleh IPT.
  • Memperluaskan tawaran biasiswa atau geran penyelidikan dalam bidang industri masa hadapan dengan kerjasama GLC.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi dalam kampus IPTA secara percuma seluruh negara.
  • Memperkasa tadbir urus dan pengurusan semua institusi pendidikan awal kanak-kanak, termasuk melanjutkan waktu operasi taska perpaduan dan KEMAS sehingga petang, memperkenalkan insentif taska di tempat kerja, dan skim taska di tempat kerja.
  • Perkhidmatan bas sekolah berdaftar percuma untuk murid miskin dan miskin tegar.
  • Mengagihkan bantuan pendidikan secara sistematik kepada sekolah Agama, Cina dan Tamil.
  • Digitalisasi taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan pemantauan anak di taska.
  • Menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua Senator dalam Dewan Negara untuk golongan belia bagi memastikan suara mereka diwakili di peringkat Parlimen.
  • Memperkasakan program usahawan golongan anak muda dalam industri ekonomi digital dan masa hadapan.
  • Menaikkan kadar elaun pelajar yang menjalani praktikal di sektor awam kepada RM1,200 sebulan.
  • Mengurangkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 25% kepada graduan dengan keputusan kelas kedua atas.
  • Memberi insentif khas bernilai RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang layak untuk mengikuti kursus terpilih di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  • Mempergiat penglibatan belia dalam industri kreatif, termasuk animasi dan kebudayaan bagi pasaran dalam dan luar negara.
  • Memperkasa pembangunan bakat e-sports dengan memperkenalkan stadium khas e-sports dan program mencungkil bakat masa depan e-sports.
  • Meningkatkan kemahiran digital belia, termasuk coding, artificial intelligence (AI), machine learning (ML), internet of things (IoT), blockchain dan cloud
  • Menggalakkan usahawan muda dalam industri masa hadapan seperti FinTech, Robotics dan kenderaan elektrik (EV).
  • Membangunkan tanah terbiar di kawasan strategik untuk belia bagi aktiviti pertanian moden dan ‘vertical farming’ serta penternakan.
  • Mengurangkan harga siling bayaran lesen memandu motorsikal bawah 250cc.
  • Memperkenalkan dana khas di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui sumbangan sekurang-kurangnya 1% daripada keuntungan tahunan syarikat GLC terpilih bagi tujuan melaksanakan program pembangunan kepimpinan belia.
  • Mewajibkan syarikat P-Hailing dan E-Hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.
  • Potongan cukai khas bagi pekerja sektor ekonomi gig sepenuh masa yang berdaftar.
  • Mewujudkan Pusat Sukan dan Komuniti Perpaduan di setiap daerah.
  • Menawarkan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama.
  • Dana Khas Bagi Sekolah Tahfiz & Agama Rakyat

3. Tawaran Kepada Wanita

Sumber: theAsianparent Malaysia, Twitter/@PASPusat
  • Hak wanita dan kanak-kanak dilindungi dengan memperkukuhkan undang-undang sedia ada.
  • Menggalakkan majikan membenarkan pekerjaan secara fleksibel mengikut waktu dan lokasi yang bersesuaian bagi menepati takrif kerja penuh 45 jam seminggu dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dan belia sebagai tenaga kerja.
  • Mengembangkan DanaNita – Wanita Bangkit Berniaga bagi membantu usahanita baharu dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang.
  • Memperkenalkan Agenda Care-Economy khususnya bagi menyelaras sistem penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU melalui MyPrihatin, termasuk skim untuk meningkatkan profesionalisme pengasuh kanak-kanak.
  • Menyediakan sistem sokongan bagi wanita bekerja dan kembali bekerja, termasuk peruntukan khas penjagaan ibu bapa, dan kemudahan taska di tempat kerja.
  • Memantapkan pelan strategik ke arah mencapai kesaksamaan jantina menjelang tahun 2030.
  • Melaksanakan intervensi yang agresif bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta dicapai menjelang 2025.
  • Mempergiatkan penglibatan wanita dalam industri berteknologi tinggi dan industri masa hadapan.
  • Meningkatkan kadar pelepasan cukai tambahan sebanyak RM1,000 bagi semua wanita bekerja.
  • Meningkatkan peluang penyertaan wanita dalam latihan bidang-bidang kemahiran baharu dan pembangunan profesionalisme bagi mengupayakan mereka untuk mengisi jawatan penyelia di sektor swasta dan memulakan perniagaan.
  • Memuktamadkan segera kajian pindaan perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara.
  • Meningkatkan kadar Skim Perlindungan Suri Rumah kepada RM800 dengan caruman minimum suri rumah sebanyak RM100.
  • Meningkatkan bilangan hari cuti paterniti kepada 14 hari.
  • Menguat kuasa dan mempercepatkan pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual dan penggubalan Rang Undang-Undang Anti-Stalking.
  • Meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung penguatkuasaan perintah hiwalah (pemindahan hutang) bagi menyelesaikan kes hak wanita dan anak-anak seperti perceraian, ditinggal gantung tanpa tali dan nafkah anak-anak di mahkamah syariah dan sivil.
  • Memperkenalkan Kad Kasih Ibu di peringkat nasional bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas.

4. Tawaran Kepada Warga Emas

  • Menubuhkan Jabatan Warga Emas bagi menjamin kesejahteraan warga emas.
  • Menyediakan kerangka dan sistem pengurusan kesihatan negara yang holistik dengan mengambil kira keperluan kesihatan warga emas sebagai persediaan ke arah negara menua.
  • Memperkasakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dengan pelbagai program dan aktiviti untuk warga emas.
  • Menyediakan program serta latihan bersesuaian kepada pesara yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dan sukarelawan.

5. Tawaran Kepada Perniagaan Kecil, Mikro & Sederhana (PKMS)

  • Menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion bagi menjadikan Malaysia paksi industri masa hadapan di Asia Tenggara.
  • Mengutamakan industri berteknologi tinggi bagi meningkatkan nilai tambah dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi khususnya dalam kalangan tenaga kerja muda.
  • Mempercepatkan perkembangan industri masa hadapan seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan kenderaan elektrik melalui kerjasama semua kementerian/agensi dan pemain industri.
  • Meningkatkan dan meluaskan pasaran eksport produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi ke pasaran yang lebih luas.
  • Mempergiat penyediaan bakat baharu berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri dan meningkatkan daya saing negara.
  • Internet percuma setahun bagi syarikat pemula (startup) digital untuk menggalakkan inovasi teknologi.
  • Memperkasa program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling and upskilling) dalam bidang teknologi tinggi serta menyediakan insentif kepada majikan terlibat.
  • Meningkatkan penguasaan sistem kewangan Islam dan transaksi patuh syariah dalam sistem perbankan negara ke tahap 50% dalam tempoh 5 tahun serta mengoptimumkan penggunaan instrumen kewangan Islam termasuk wakaf, zakat, Ar-Rahnu dan hibah.
  • Memperkasa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 untuk membanteras aktiviti monopoli dan amalan perniagaan kurang sihat (unfair trade practices) seperti kartel.
  • Menambah peluang latihan industri dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan kadar elaun minimum RM1,000.
  • Memajukan industri maritim seperti pelabuhan sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa.
  • Meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan (moratorium) secara bersasar dan lebih berkesan bagi membantu pemulihan PMKS yang terjejas.
  • Memajukan PMKS menjadi syarikat penengah (mid-tier companies) dan berkembang sebagai syarikat multinasional milik tempatan.
  • Mengutamakan dan menggalakkan pembelian barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia oleh kerajaan dan rakyat.
  • Menyediakan insentif khas Skim Prihatin PMKS bagi menggalakkan pendigitalan dan pengautomasian pengeluaran produk dan perkhidmatan serta latihan kemahiran.
  • Insentif untuk membantu PMKS meningkatkan penjenamaan dan kualiti produk bagi memperluaskan akses ke pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Meningkatkan rantaian nilai PMKS bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
  • Menyediakan insentif untuk memudah cara proses pensijilan halal untuk industri PMKS.

Kepada anda yang masih tiada idea untuk mengundi parti politik yang berkenan di hati, nasihat kami fahami dahulu manifesto yang ditawarkan mereka sebelum anda membuang undi pada 19 November ini.

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd