Now Reading
Jom Semak Berapa Kerap Ahli Parlimen Kita Datang Bersidang Di Dewan Negara

Jom Semak Berapa Kerap Ahli Parlimen Kita Datang Bersidang Di Dewan Negara

Ahli Parlimen (MP) dipilih bertujuan untuk mewakili rakyat kawasan mereka di Parlimen, tetapi adakah mereka hadir setiap kali bersidang?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mesti ramai yang ingat bila sudah habis zaman belajar, kita tak perlu lagi fikir tentang jumlah kehadiran. Anda silap! Di tempat kerja pun kira kehadiran juga ya.

Bukan mereka yang bekerja di pejabat sahaja menggunakan kaedah ini, ahli parlimen yang bekerja untuk rakyat juga perlu mempunyai jumlah kehadiran yang baik.

Di Malaysia, Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen juga berfungsi untuk meluluskan Undang-undang Persekutuan, meminda undang-undang sedia ada, meneliti dasar kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan serta cukai.

Parlimen juga berperanan sebagai forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan awam.

BACA JUGA: What Does Malaysia’s Parliament Actually Do?

Sumber: Malay Mail

Ahli Parlimen adalah wakil rakyat.

Jadi mereka perlu mendengar rintihan dan suara rakyat tentang kawasan mereka dan Ahli Parlimen yang dilantik inilah bertanggungjawab untuk menyuarakannya di peringkat Parlimen.

Tetapi sekiranya Ahli Parlimen tidak hadir ke Parlimen, bagaimana mereka ingin menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan? Malah, mereka juga dibayar elaun sebanyak RM400 sehari ketika menghadiri mesyuarat Parlimen.

Sumber: Malay Mail

Berikutan itu, kami menyenaraikan jumlah kehadiran ahli-ahli Parlimen berdasarkan sumber dari MYMP.

Perikatan Nasional (PN)

Bersatu
Calon Perdana Menteri:
Muhyiddin Yassin, Pagoh (25/89)

Kehadiran Rendah:
Zahid Hamidi, Bagan Datuk (42/89)
Ahmad Faizal Azumu, Tambun (36/89)
Syed Abu Hussin, Bukit Gantang (35/89)
Hamzah Zainuddin, Larut (25/89)

PAS
Abdul Hadi Awang, Marang (28/89)

STAR
Jeffrey Kitingan, Keningau (40/89)

Barisan Nasional (BN)

UMNO
Calon Perdana Menteri:
Ismail Sabri Yaakob, Bera (32/89)

Kehadiran Rendah:
Mahdzir Khalid, Padang Terap (34/89)
Adham Baba, Tenggara (33/89)
Hishammuddin Hussein, Sembrong (32/89)
Reezal Merican Naina Merican, Kepala Batas (26/89)

MCA
Wee Ka Siong, Ayer Hitam (62/89)
Wee Jeck Seng, Tanjung Piai (80/89)

MIC
Saravan Murugan, Tapah (41/89)

PBRS
Arthur Joseph Kurup, Pensiangan (78/89)

Pakatan Harapan (PH)

PKR
Calon Perdana Menteri:
Anwar Ibrahim, Port Dickson (83/89)

Kehadiran Rendah:
Christina Liew Chin Jin, Tawau (38/89)
Michael Teo, Miri (29/89)

DAP
Anthony Loke Siew Fook, Seremban (89/89)

Lowest attendance:
Chow Kon Yeow, Tanjong (36/89)

Warisan
Shafie Apdal, Semporna (32/89)

Amanah
Mohamad Sabu, Kota Raja (87/89)

UPKO
Wilfred Madius Tangau, Tuaran (89/89)

MUDA
Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Muar (88/89)

Gerakan Tanah Air (GTA)

Penjuang
Dr Mahathir Mohamad, Langkawi (35/89)


Kehadiran merupakan sebahagian daripada perkara asas yang perlu dipatuhi. Tak kisahlah ketika anda bekerja, belajar atau sebagainya.

Bayangkan kalau kita sengaja tidak mahu menghadirkan diri secara kerap, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi produktiviti kerja anda.

Kepada anda semua yang ingin menyemak sendiri prestasi Ahli Parlimen, layari laman MYMP untuk maklumat lanjut bagi mengetahui gambaran keseluruhan wakil-wakil rakyat di Malaysia.

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd