Now Reading
16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

Stesen LRT dari Kelana Jaya ke Ampang Park akan ditutup selama seminggu bermula 9 hingga 15 November.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (8 November), perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan stesen Ampang Park dihentikan buat sementara waktu kerana dikatakan berlaku kerosakan pada sistem automatik kereta api.

Menurut kenyataan Rapid KL yang dimuat naik laman Facebook rasmi mereka (Rapid KL), Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) itu didapati tidak stabil pada 5 November lalu menyebabkan tren di laluan Kelana Jaya terpaksa dipandu secara manual.

Isu itu pada mulanya diselesaikan pada pagi Ahad (6 November) tetapi masalah tersebut kembali berulang pada hari Isnin (7 November).

Walaupun isu itu telah diselesaikan pada 5.30 pagi semalam, Rapid KL berpendapat lebih baik menutup stesen kereta api sebagai langkah keselamatan.

Stesen LRT Paling Sibuk Di Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama Tujuh Hari

Pada jam 5.38 pagi hari ini (9 November), pihak Rapid KL di laman Twitter mereka (@AskRapidKL) memaklumkan 16 stesen daripada Stesen Kelana Jaya sehingga Ampang Park ditutup selama tujuh hari bermula 9 sehingga 15 November ini untuk proses baik pulih.

Lalaun ini termasuklah di stesen pertukaran KL Sentral, Pasar Seni, dan juga Masjid Jamek.

Stesen-stesen tersebut telah ditutup sejak 4.49 petang semalam berikutan kebimbangan pihak Rapid KL terhadap keselamatan pengguna kerana operasi itu yang dianggap tidak stabil.

BACA JUGA: [Watch] Some LRT Stations On Kelana Jaya Line Closed

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif yang lain atau menaiki bas perantara percuma yang disediakan oleh Rapid KL.

Dalam pada itu, beberapa stesen LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa tetapi ditutup lebih awal.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd