Now Reading
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berlaku Di Malaysia Esok, 8 November

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berlaku Di Malaysia Esok, 8 November

Fenomena gerhana bulan penuh dijangka bermula di Malaysia pada jam 4:02 petang sehingga 9:56 malam esok, 8 November 2022.

gerhana bulan penuh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perhatian rakyat Malaysia semua!

Esok (8 November), negara kita berpeluang untuk melihat sendiri fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka bermula pada jam 4:02 petang sehingga 9:56 malam.

Fenomena gerhana bulan penuh ini juga memang sudah dijangka akan berlaku beberapa hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,923 kilometer.

Fenomena alam semula jadi tersebut turut dikongsikan oleh di laman Facebook Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) (@MYSAagensi) baru-baru ini.

MYSA dalam satu kenyataan menjelaskan fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Kosmo)

Gerhana bulan penuh ini juga boleh dilihat di seluruh Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian negara Eropah.

Untuk pengetahuan anda, gerhana bulan ini berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi. Ia hanya boleh berlaku ketika bulan berada dalam fasa bulan penuh sahaja.

Dan pada masa sama, matahari, bumi dan bulan juga berada dalam satu garisan lurus yang sempurna ketika berlaku fenomena ini.

Jadi bersiap sedia semua untuk sekali lagi melihat keindahan gerhana bulan penuh.

Umat Islam juga digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana dua rakaat ketika berlakunya fenomena ini.

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Bulan Paling Lama Dijangka Berlaku Pada 19 November Ini

BACA JUGA: Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd