Now Reading
Bapa Dakwa Anak Didenda Melutut Depan Perhimpunan Kerana Pakai Kasut Sekolah Tanpa Tali

Bapa Dakwa Anak Didenda Melutut Depan Perhimpunan Kerana Pakai Kasut Sekolah Tanpa Tali

Pelajar berusia 13 tahun ini memaklumkan kepada ibu bapanya dia tidak mahu ke sekolah lagi kerana malu selepas didenda di perhimpunan akibat kasutnya tidak bertali.

Bapa Dakwa Anak Didenda Melutut Depan Perhimpunan Kerana Pakai Kasut Sekolah Tanpa Tali

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjadi pelajar sekolah, memang kita perlu akur dengan segala peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya tidak boleh berambut panjang, membawa telefon bimbit, memakai alat solek dan sebagainya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial di mana seorang guru bertindak memotong sendiri rambut beberapa pelajar lelaki yang dikatakan telah melanggar peraturan.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi sehingga ada ibu bapa yang memberi cadangan supaya guru memanggil tukang gunting rambut untuk melakukan perkara tersebut.

BACA JUGA: “Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

Anak Dakwa Didenda Ketika Perhimpunan Kerana Pakai Kasut Sekolah Tanpa Tali

Baru-baru ini, seorang bapa berusia 38 tahun dikenali sebagai Mogan mendakwa anak perempuannya telah didenda untuk melutut ketika sesi perhimpunan kerana memakai kasut sekolah tanpa tali.

Memetik laporan Free Malaysia Today, pelajar berusia 13 tahun itu mengalami trauma akibat hukuman yang dianggap tidak masuk akal itu.

Mogan memberitahu anaknya menangis selepas pulang dari sekolah dan menghantar rakaman suara menceritakan pengalaman pahit itu kepada ibunya.

Balik dari sekolah dia terus menangis dan hantar rakaman suara lima minit kepada isteri saya. Dia juga tak mahu lagi pergi ke sekolah selepas kejadian itu kerana malu dengan rakan-rakan.

Mogan.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Lazada)

Malah anaknya juga mendakwa tali suci penganut Hindu berwarna merah yang dipakai telah dipotong pada pergelangan tangan manakala titik hitam (pottu) pada dahi pula diminta untuk ditanggalkan.

Mogan menceritakan perkara itu dalam satu sidang media di Butterworth, Pulau Pinang yang turut disertai oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Berikutan itu, Mogan telah menggesa Kementerian Pendidikan untuk menggantung guru berkenaan dan membuat laporan polis.

Saksi Jelaskan Tak Nampak Kelibat Pelajar Didenda Ketika Perhimpunan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Radzi Ahmad memaklumkan keterangan awal dari saksi bahawa mereka mendakwa tidak melihat kelibat pelajar Tingkatan Satu itu didenda melutut dalam perhimpunan.

Menurut keterangan dari beberapa pelajar serta guru berbangsa Melayu dan India di sekolah itu, mereka masih melihat tali merah berkenaan pada pergelangan tangannya dan tanda di dahi sehingga tamat waktu persekolahan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: India Times)

Hasul siasatan awal mendapati pelajar itu baru sahaja ditukarkan ke sekolah berkenaan sebulan lalu.

Pihak polis juga mengesahkan menerima satu laporan polis yang dibuat oleh guru terbabit bagi menafikan segala dakwaan yang dilaporkan oleh bapa pelajar itu.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat.

BACA JUGA: Sekolah Di Kedah Sedia Kerusi Buat Murid Ketika Perhimpunan, Ada Pula Yang ‘Bitter’

BACA JUGA: “Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd