Now Reading
Pemandu Cedera Dihempap Tayar Lori Tercabut Di Lebuhraya Raya ELITE

Pemandu Cedera Dihempap Tayar Lori Tercabut Di Lebuhraya Raya ELITE

Tayar sebuah lori yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) telah tercabut dan menghentam sebuah kereta di belakangnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh setiap pemandu. Kadang-kadang kita dah cuba sehabis baik untuk menjadi pemandu berhemah, tetapi masih juga terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemandu lain.

Baru-baru ini, satu kemalangan buruk telah menimpa seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz ketika di Kilometer 27.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Memetik laporan Sinar Harian, pemandu tersebut telah cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar dari sebuah lori di hadapannya tiba-tiba tercabut dan menghentam bahagian cermin hadapan kereta itu.

Kemalangan yang berlaku jam 1.37 petang pada 1 November lalu melibatkan mangsa berusia 39 tahun juga telah mengakibatkan kerosakan pada bahagian bumbung kereta miliknya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya bagi menerima rawatan lanjut dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Rawang pada pagi semalam (2 November).

Sumber: Kosmo

Pihak Polis Siasat Pemandu Lori Terbabit Untuk Mengetahui Punca Kejadian

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan pemandu lori berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak segera menghentikan kenderaannya selepas terdengar bunyi dentuman.

Pemandu warga tempatan berusia 30 tahun itu terus memberhentikan lorinya dan keluar untuk melihat keadaan yang berlaku. Didapati tayar bahagian kiri telah tercabut lalu terkena pada kereta mangsa yang berada di belakang pada ketika itu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Siasatan awal mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan pihak polis juga sedang menyemak semula rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan.

Pihak polis turut mengambil rakaman keterangan dari pemandu lori yang terlibat dan akan memanggil mangsa untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA JUGA: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

BACA JUGA: 5 Graduan UiTM Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

BACA JUGA: Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama Lepas Pemandu Berhenti Nak Bergambar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd