Now Reading
OPR Naik Lagi Kepada 2.75% – BNM

OPR Naik Lagi Kepada 2.75% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada kali keempat tahun ini kepada 2.75%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 8 September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas iaitu 2.50%.

BACA JUGA: BNM Umum Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 Mata Asas

Kadar OPR kini dinaikkan lagi oleh BNM pada hari ini (3 November) kepada 2.75% hasil daripada mesyuarat bersama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Kenaikan ini dilaporkan telah meningkat sebanyak empat kali berturut-turut dengan kadar 25 mata asas setiap satunya sejak Mei 2022.

Dalam pada itu, BNM turut mengumumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR iaitu 3.00% dan 2.50%.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa penyelarasan lebih awal yang dilakukan oleh BNM ini dilihat mampu menangani risiko tekanan permintaan terhadap harga yang berlebihan.

BNM turut memaklumkan penyesuaian semula dalam penetapan dasar monetari ini bertujuan untuk mengimbangi risiko terhadap inflasi serta pertumbuhan dalam negeri.

Sumber: Berita Harian

Inflasi Keseluruhan Di Malaysia Mungkin Pada Tahap Tertinggi Bagi Suku Ketiga Tahun Ini

Berdasarkan penilaian terdahulu, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan akan berada pada tahap tertinggi menjelang suku ketiga (Q3) tahun ini.

Trend peningkatan ini juga dijangka akan kekal tinggi pada tahun 2023 berikutan tekanan permintaan dan kos, serta perubahan berkaitan dasar dalam negeri.

Pada masa sama juga, data menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi Malaysia semakin kukuh pada Q3 2022 atas faktor memberangsangkan bagi permintaan dalam negeri.

BACA JUGA: Maybank & 4 Lagi Bank Di Malaysia Naikkan Kadar Pinjaman Lepas OPR Meningkat

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd