Now Reading
Tony Fernandes Bukan Lagi CEO Kumpulan AirAsia X, Kini Ingin Lebih Fokus Komitmen Lain

Tony Fernandes Bukan Lagi CEO Kumpulan AirAsia X, Kini Ingin Lebih Fokus Komitmen Lain

Tony Fernandes akan memberi tumpuan untuk menambah baik nilai kepada pemegang saham Capital A, termasuk AirAsia Aviation Group, perkhidmatan penerbangan, logistik, perjalanan, teknologi kewangan dan platform gaya hidup e-dagang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


AirAsia X (AAX) hari ini (1 November) mengumumkan perubahan dalam pengurusan utama sejajar dengan fasa pertumbuhannya sebagai sebuah syarikat penerbangan jarak sederhana.

BACA JUGA: AirAsia Tambah Laluan Baharu Dari Pulau Pinang Ke Bali

Tan Sri Tony Fernandes yang dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada bulan Julai tahun ini dan juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas AAX, akan beralih daripada jawatannya di AAX bagi memastikan peralihan lancar terhadap kepimpinan syarikat.

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy pula akan dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Thai AirAsia X (TAAX), kedua-duanya berkuat kuasa mulai hari ini.

Susulan pengumuman itu, Tunku Dato’ Mahmood Fawzy akan menumpukan perhatian kepada penyeliaan hala tuju strategik serta memacu pertumbuhan mampan bagi kumpulan syarikat penerbangan jarak sederhana – AAX dan TAAX.

Saya berbesar hati untuk menyertai ahli lembaga pengarah TAAX dalam fasa baharu pertumbuhan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan jarak sederhana. Strategi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada penerbangan laluan jarak sederhana paling popular dan menguntungkan terlebih dahulu yang telah terbukti berjaya, termasuk memanfaatkan operasi kargo dalam pasaran utama kami. Kumpulan AAX kini kembali terbang tinggi berikutan permintaan terhadap perjalanan jarak sederhana berpatutan di seluruh Asia dan Asia Pasifik. 

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy.

Beliau dalam masa yang sama menjelaskan bahawa kebangkitan semula AAX dan TAAX sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dalam kategori jarak sederhana ini tidak mungkin akan terjadi tanpa kepimpinan dan sokongan cemerlang daripada Tony sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

“Hanya dalam tempoh singkat iaitu enam bulan, AAX telah berjaya meningkatkan aliran tunainya sebanyak lebih 100% berbanding ketika ia mula kembali beroperasi pada bulan April, dengan rancangan yang lebih kukuh pada masa hadapan.

“Bagi memenuhi permintaan para tetamu, Kumpulan AAX telah menambah sejumlah perkhidmatan baharu untuk AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) dan banyak lagi laluan pada masa akan datang. Kami amat berterima kasih kepada Tan Sri Tony dan akan sentiasa menghargai jasa dan bimbingan beliau sebagai sebahagian daripada keluarga AAX.

“Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan Kumpulan AAX dan berharap akan membawa kedua-dua buah syarikat penerbangan ini ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.”


Tony Fernandes Ingin Fokus Kepada Komitmen Lain

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Mengulas lanjut, Tony berkata, “Sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, saya mempunyai mandat yang jelas untuk menyambung semula perkhidmatan AirAsia X daripada hibernasi.

“Saya berbesar hati kerana telah mencapai matlamat ini dengan rancangan untuk mengendalikan 20 buah pesawat untuk Kumpulan AAX, 13 pesawat untuk AAX dan tujuh untuk TAAX.

“Selepas kejayaan penstrukturan semula syarikat yang diketuai oleh Datuk Lim Kian Onn, tugas saya adalah untuk membawa syarikat penerbangan ini kembali mencapai keuntungan dan pertumbuhan.

“Kami telah menambah baik struktur kos dan membina perniagaan kargo yang telah menyumbang kira-kira 20% kepada pendapatan syarikat penerbangan semasa pandemik. Ia juga akan terus memainkan peranan penting dalam pemulihan AAX.”

Tony dilaporkan akan memberi tumpuan untuk menambah baik nilai kepada pemegang saham Capital A, termasuk AirAsia Aviation Group, perkhidmatan penerbangan, logistik, perjalanan, teknologi kewangan dan platform gaya hidup e-dagang.

BACA JUGA: Rider airasia Super App Kini Diiktiraf Sebagai ‘Allstars’, Tawar Gaji Minimum RM3,000


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd