Festival Muzik Di Jakarta Lebih Kapasiti Punca Ramai Pengunjung Pengsan
Puluhan pengunjung Festival Berdendang Bergoyang di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dilaporkan pengsan dan mengalami kecederaan kerana jumlah penonton yang melebihi kapasiti.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak tiada lagi kewajipan untuk memakai pelitup muka di kebanyakan negara, banyak festival dan sambutan yang mula diraikan secara normal semula seperti tahun-tahun sebelum ini.
Antara festival yang turut menjadi tumpuan adalah Festival Berdendang Bergoyang di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 28 sehingga 30 Oktober 2022.
Ramai yang berpusu-pusu ke festival tersebut kerana artis jemputannya cukup menarik seperti Rizky Febian, Rossa, Ungu, Melly Goeslow, Fourtwnty dan banyak lagi.

Puluhan Pengunjung Festival Berdendang Bergoyang Pengsan Pada Hari Kedua
Namun pada malam hari kedua ketika acara tersebut berlangsung, beberapa pengunjung dilaporkan pengsan dan memerlukan rawatan kecemasan selepas mereka dikatakan terhimpit dalam kesesakan orang ramai.
Malah puluhan mangsa itu juga mengalami kecederaan sehingga melecet.
Berdendang Bergoyang Festival which was held at Istora Senayan drew criticism from the audience. They accused the staff of not being able to handle the overcapacity audience and they were also disappointed by the sudden cancellation of several performers.pic.twitter.com/JmZDMxkaYE
— Haluan Media (@haluandotco) October 31, 2022
Galak galak nih masyarakat berdendang @bb_festival .
— Hi Bil ! (@Billy_Area) October 29, 2022
Wajar sih marah sama panitia berdendang bergoyang yang gak asik pic.twitter.com/gsmQly9UlW
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin melaporkan kejadian tersebut terpaksa dihentikan berikutan situasi pengunjung yang dipercayai telah melebihi kapasiti.
Berikutan itu, pihak polis mengarahkan penganjur Festival Berdendang Bergoyang untuk membatalkan acara berkenaan ekoran keadaan yang membahayakan keselamatan pengunjung.
Kami terpaksa mengeluarkan arahan untuk membatalkan festival tersebut lebih awal dari yang dijadualkan berikutan situasi khalayaknya yang telah melebihi had.
Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin.
Malah, pihak penganjur juga telah meminta maaf dan mengeluarkan notis pembatalan acara itu secara rasmi di laman Instagram mereka (berdendangbergoyang) atas sebab menjaga keselamatan orang ramai.
Dalam pada itu, penganjur juga akan mengembalikan semula wang pembelian tiket festival berkenaan kepada para pengunjung.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.