Now Reading
Kerajaan Beri Duit ‘Shopping’ Hingga 13 November Ini

Kerajaan Beri Duit ‘Shopping’ Hingga 13 November Ini

Anda berpeluang untuk mendapatkan baucar e-tunai sebanyak RM30 setiap satu dengan pembelian minimum RM100 dalam satu transaksi menerusi kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau ajak pergi shopping, memang semua orang suka. Dari mengantuk, terus segar matanya. Lagi best kalau ada yang nak belanja kita. Memang lagi terujalah!

Untuk pengetahuan anda, kerajaan kini sedang menjalankan kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM).

Kempen ini berlangsung dari 22 Oktober sehingga 13 November 2022.

Manfaat Kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’

Anda berpeluang untuk mendapatkan baucar e-tunai sebanyak RM30 bagi setiap pembelian dengan jumlah minimum RM100 dalam satu transaksi menerusi kempen ini.

Terdapat RM1 juta baucar e-tunai yang boleh ditebus ketika kempen ini berlangsung. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah sambil berjimat.

Sumber: Anne Dorall/TRP

Macam Mana Nak Dapat RM30 Secara Percuma Ini?

Kempen ini hanya terhad kepada 35 cawangan pusat beli-belah di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ ini.

Salah satu lokasi yang anda boleh kunjungi untuk menyertai kempen ini adalah seperti di Genting Highlands kerana Awana Sky Central serta Sky Avenue juga tersenarai dalam 35 cawangan tersebut.

Macam mana nak dapatkan baucar e-tunai ini? Senang je. Apa yang anda perlukan adalah telefon bimbit.

Caranya adalah dengan mengimbas kod QR yang disediakan di premis terlibat dan masukkan maklumat seperti nama penuh, nombor MyKad serta nombor telefon.

Selepas itu, anda akan menerima OTP dan baucar e-tunai untuk digunakan. Mudah kan?

Setiap individu hanya terhad untuk baucar RM30 bagi setiap pembelian RM100 dalam satu resit sahaja.

Kalau anda tak sabar nak pergi shopping sambil dapat baucar percuma, boleh klik [DI SINI] untuk melihat senarai cawangan premis dan pusat beli-belah yang terlibat dalam kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’.

Selamat membeli-belah!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd