Malaysia Tak Mampu Import Telur Ayam, Menteri Cadang Subsidi RM20 Juta Sebulan
Kekurangan bekalan telur adalah kerana pengeluar terpaksa mengehadkan pengeluaran ekoran kos yang semakin meningkat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak belakangan ini, bekalan telur ayam dilihat semakin berkurangan di kedai-kedai runcit serta pasar raya.
Walau bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan agar harga telur ayam diapungkan atau diimport dari luar negara.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa Malaysia kini berdepan kekurangan lebih 96 juta telur sebulan.
Memetik laporan Berita Harian, pengeluaran bekalan telur sebulan kini berkurang kepada 871.9 juta berbanding jumlah keperluan 968.8 juta.
Antara faktor yang menjadi punca kepada pengurangan bekalan telur ini adalah kerana peningkatan kos pengeluaran.
Annuar juga memaklumkan kerajaan tidak boleh mengimport bekalan telur ayam dari negara luar kerana ia memerlukan kos yang lebih tinggi. Pada masa sama, kerajaan juga mahu melindungi industri pengeluaran telur tempatan.
Jika harga telur diapungkan, harga dijangka naik tidak kurang dari 12 sen. Bekalan telur di luar negara juga agak mahal. Jadi sedikit sukar sekiranya kita mengimport telur dengan harga mahal dan ingin menjual dengan harga murah di Malaysia.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa
Bagi menangani isu tersebut, pasukan petugas mengesyorkan agar subsidi dinaikkan sebanyak dua sen sebiji daripada harga semasa iaitu lapan sen dengan anggaran kesan kewangan sekitar RM20 juta.
Pendapatan Pengeluar Akan Semakin Berkurang
Harga terkini telur ayam peringkat ladang bagi gred A ialah 41 sen sebiji, gred B pula berharga 39 sen dan gred C 37 sen.
Annuar menjelaskan kos pengeluaran yang semakin meningkat menyebabkan ramai penternak mengambil tindakan untuk menghapuskan ayam yang telah mencapai umur tertentu lebih awal.
Jumlah pendapatan yang semakin berkurangan menyebabkan ramai penternak bertindak untuk menghapuskan ayam ternakan yang sudah mencapai usia tertentu. Kebiasaannya ayam yang sudah tua akan mencapai usia 80 hingga 85 hari untuk bertelur lagi.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa
Harga Telur Makin Mahal Buat Orang Ramai Risau
Kenaikan harga barangan sememangnya telah membimbangkan rakyat dan ramai yang turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka di media sosial.
Ni gred D ke E ni? Rm 15 mahal giler dh telur. Dah jadi makanan kayangan dah pon. Dah la nak dapat pon susah. Ohh malaysiaku pic.twitter.com/VRol4b3Ka1
— cikyaniee (@lady_bugg11) October 19, 2022
Orang ramai juga meluahkan rasa marah serta kecewa kepada kerajaan kerana tidak mempunyai penyelesaian yang praktikal kepada masalah ini.
BACA JUGA: [Watch] If Eggs Are Expensive, Eat Fewer Eggs, KPDNHEP Gives Brilliant Solution
Ikan mahal, berhenti beli ikan.
— احمد كانيكي (@Ahmad_KanekiKen) October 22, 2022
Ayam mahal, berhenti beli ayam.
Telur mahal, berhenti beli telur?
Apa lagi alternatif protein yang murah yang ada selain telur? Sebab tu letak harga siling untuk telur ni wajar dan munasabah. Sungguhpun begitu harap harga siling yang dikenakan
Berikutan itu, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah dari semasa ke semasa seperti menurunkan harga ayam. Namun, rakyat mendakwa pengurangan harga itu tidak memberi kesan.
BACA JUGA: “20 Sen Je?” Malaysians Unhappy With PMO’s Fancy New Chicken Price Video
Turun 20 sen hang puji melambung. Tak tau lak kalo dpt jimat 20 sen, dapat beli rumah.
— Manjit Singh (@ManjitSinghG5) October 26, 2022
Harga ayam dan telur masih mahal. 🤦🏽 https://t.co/s7j9OnHWrn
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.