Now Reading
Lelaki Kurang Siuman ‘Panjat’ Bumbung Rumah Lepas Pukul Isteri & Marah Anak

Lelaki Kurang Siuman ‘Panjat’ Bumbung Rumah Lepas Pukul Isteri & Marah Anak

Kejadian melibatkan seorang lelaki memanjat bumbung rumah sambil membawa parang dan pisau berlaku selepas dia dikatakan enggan memakan ubat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (17 Oktober), seorang lelaki kurang siuman di Kampung Bukit Tempayan, Melaka telah mencetuskan kekecohan selepas dikatakan enggan turun dari bumbung rumahnya.

Memetik laporan Kosmo, lelaki berusia 37 tahun itu didakwa telah memukul mata isteri dan memarahi tiga orang anaknya berusia 10 hingga 13 tahun sebelum memanjat ke atas bumbung rumah.

Ketika pihak polis tiba pada jam 11:30 pagi, lelaki tersebut dilihat sedang memegang parang dan sebilah pisau.

Pihak polis dan anggota bomba cuba memujuk lelaki tersebut untuk turun dari bumbung rumah. (Sumber: Facebook/Adam Wong Jr)

Pihak Polis Dan Anggota Bomba Cuba Pujuk Lelaki Itu Turun Dari Bumbung

Selepas dipujuk beberapa kali oleh anggota polis, lelaki berkenaan bertindak melemparkan senjata ke bawah.

Pihak polis juga meminta bantuan anggota bomba untuk naik ke atas bumbung bagi memujuk lelaki berkenaan turun dari bumbung.

Seorang daripada 11 anggota bomba yang berada di tempat kejadian berjaya menaiki bumbung tetapi berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan beberapa jubin bumbung pecah.

Selepas beberapa jam memujuk, pasukan itu berjaya membawanya turun dari bumbung sekitar jam 1:40 tengah hari dan lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.

Lelaki berkenaan dilaporkan cedera di bahagian kening dan badan ketika bergelut dengan anggota bomba.

Kosmo turut melaporkan bahawa lelaki terbabit merupakan pesakit kurang siuman dan sedang menerima rawatan psikiatri. Malah, kejadian itu juga dipercayai berlaku kerana dia didakwa enggan mengambil ubatnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd