Now Reading
Warga Emas Dipercayai Mati Dibunuh Di Ipoh

Warga Emas Dipercayai Mati Dibunuh Di Ipoh

Suspek berusia 51 tahun bagaimanapun telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (16 Oktober), satu kejadian melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang hidup gelandangan ditemui maut dipercayai dibunuh berhampiran dengan kaki lima di Jalan Leong Sin Nam.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5:15 pagi dengan mangsa ditemukan dengan kesan darah.

Mengulas lanjut, difahamkan sebelum kejadian, telah berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan seorang lagi gelandangan sehingga menyebabkan mangsa dipukul dan ditendang.

Suspek berusia 51 tahun bagaimanapun telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian.

Saksi yang enggan dikenali memaklumkan, sekitar jam 5 pagi dia mendengar bunyi pergaduhan berhampiran premis tempatnya bekerja.

Bunyi seperti orang bergaduh yang sangat kuat, ada juga bunyi kaca pecah. Saya keluar untuk melihat dan sebaik menyedari kejadian itu, saya terus hubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Saksi.

Saksi turut menjelaskan bahawa mangsa sememangnya kerap menjadikan kaki lima di kawasan berkenaan sebagai tempat untuk tidur.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd