Now Reading
PRU15 Dijangka Berlangsung Sebelum 10 November 2022

PRU15 Dijangka Berlangsung Sebelum 10 November 2022

Sumber politik berkata Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menetapkan tarikh seawal 5 November.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada Isnin (10 Oktober) dan selaras dengan pengumuman tersebut, Pilihan Raya Umum (PRU) harus diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Menurut laporan Free Malaysia Today, ini bermakna Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang berkemungkinan akan berlangsung sebelum 10 November.

Sumber politik menjelaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menetapkan tarikh seawal 5 November.

Mengadakan pilihan raya pada minggu pertama November ini adalah selaras dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong yang berharap SPR mengambil kira hakikat bahawa musim tengkujuh bakal bermula pada pertengahan November.

Agong berkenan membubarkan Parlimen semalam bagi menamatkan ketidakstabilan politik dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Setakat ini, majoriti rakyat menganggap kerajaan sekarang sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ akibat insiden Langkah Sheraton.

BACA JUGA: Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15

SPR dijangka bersidang minggu ini untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Sebelum ini, SPR menetapkan hari Rabu (9 Mei) untuk tarikh pengundian apabila Parlimen dibubarkan pada 7 April 2018.

Pilihan raya umum ke-13 berlangsung pada hari Ahad (5 Mei 2013) selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April.

Bagi kedua-dua pilihan raya, SPR membenarkan dua minggu tempoh untuk berkempen bagi meraih sokongan dan undi daripada rakyat.

BACA JUGA: PRU15: Cara Mohon Undi Pos


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd