Now Reading
Hospital Cyberjaya Jadi Hospital Awam & Bakal Beroperasi Mulai 11 November Ini

Hospital Cyberjaya Jadi Hospital Awam & Bakal Beroperasi Mulai 11 November Ini

Pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan sewaan dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan rasmi bertarikh hari ini (11 Oktober) mengumumkan pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai hospital awam diikuti dengan Klinik Kesihatan Cyberjaya.

Menurut kenyataan sama, mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (7 Oktober) lalu telah bersetuju agar Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai HOSPITAL AWAM di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dibina di atas tapak berkeleluasan 12.859 ekar, hospital dengan ketinggian sembilan (9) tingkat ini telah mula dibina pada 15 Ogos 2017 dan berjaya diserahkan kepada KKM pada 15 Jun 2021.

Ia antara lain bakal dilengkapi dengan 288 buah katil, blok kecemasan, dan juga kemudahan 1,066 parkir – termasuklah 790 buah di parkir bertingkat.

Hospital Cyberjaya Sebagai Hospital Pakar Major Dilaksanakan Secara Berfasa, Bermula 11 November 2022.

Kredit: Khairy Jamaluddin/Twitter.

Hospital Cyberjaya juga bakal menawarkan sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Kecemasan.
  2. Perubatan Am.
  3. Pembedahan Am.
  4. Obstetrik & Ginekologi (O&G).
  5. Ortopedik.
  6. Anestesiologi.
  7. Oftalmologi.
  8. Otorinolaringologi.
  9. Radiologi.
  10. Patologi.
  11. Psikiatri dan Kesihatan Mental.
  12. Rehabilitasi.
  13. Pergigian.
  14. Pediatrik.

Pada peringkat awal fasa pengoperasian, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan iaitu:

  1. Jabatan Kecemasan.
  2. Jabatan Perubatan.
  3. Jabatan Pembedahan.
  4. Jabatan Anesthesiologi.
  5. Jabatan Pediatrik.
  6. Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G).
Kredit: Khairy Jamaluddin/Twitter.

Pengoperasian Hospital Cyberjaya Dilaksanakan Melalui Model Kerjasama Awam-Swasta

Sebelum ini, Jemaah Menteri pada 5 Mei lalu bersetuju secara prinsip dengan hala tuju Pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan sewaan dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Klinik Kesihatan Cyberjaya

Pembukaan Klinik Kesihatan baharu di Cyberjaya adalah bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan juga kawasan sekitar.

Menerusi keputusan ini, sebahagian daripada bangunan di dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan dibuka dan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar.

Klinik Kesihatan Cyberjaya ini akan mula beroperasi pada 1 November 2022.

Pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai sebuah hospital awam dan pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan memberikan akses perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berkualiti dan menyeluruh kepada penduduk sekitar. Langkah ini sekaligus akan mengurangkan masa menunggu (waiting time) dan kesesakan di fasiliti kesihatan iaitu Hospital Serdang, Hospital Kajang, dan Hospital Cyberjaya.

Khairy Jamaluddin, Caretaker Menteri Kesihatan Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd