Agong Perkenan Bubar Parlimen Kerana Kecewa Dengan Politik Malaysia
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terpaksa memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen kerana kecewa dengan perkembangan politik di Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada Ahad (9 Oktober) lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon untuk membubarkan Parlimen.
Pembubaran tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijadualkan pada penghujung tahun ini sebelum bermulanya musim tengkujuh.
BACA JUGA: PRU15 Dijangka Berlangsung Sebelum 10 November 2022
Yang di-Pertuan Agong Zahir Rasa Kecewa Dengan Politik Malaysia
Permintaan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas menzahirkan kekecewaan baginda terhadap perkembangan politik di Malaysia sejak belakangan ini.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Istana Negara), baginda menzahirkan tiada pilihan lain yang boleh dilakukan selain memperkenankan permintaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen dengan segera.
BACA JUGA: Perdana Menteri Ismail Sabri Umum Sah Bubar Parlimen & PRU15
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan permintaan berkenaan dilakukan selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menjalankan tugas ketika PRU15 dengan mengambil kira juga faktor cuaca negara yang dijangka bakal berdepan Monsun Timur Laut dan musibah banjir pada pertengahan November ini.
Seri Paduka Baginda mengajak orang ramai bersama mendoakan agar negara dan rakyat agar sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah khususnya bencana banjir.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.