Now Reading
Bajet 2023: RM235 Dana Pembiayaan Khas Buat Kaum Hawa

Bajet 2023: RM235 Dana Pembiayaan Khas Buat Kaum Hawa

RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas buat kaum hawa di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita Tekun, Dananita Mara dan Bizlady Bank Rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat berjumlah RM372.3 bilion.

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia termasuklah peruntukan sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas buat kaum wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita Tekun, Dananita Mara dan Bizlady Bank Rakyat.

Tengku Zafrul menjelaskan bahawa peruntukan itu bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran mereka.

Setakat Oktober 2022, wanita memegang 29% komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat senaraian awam utama dan kesemua 100 syarikat ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Untuk pengetahuan umum, belanjawan yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama tersebut merangkumi empat teras fokus iaitu:

  • Kesejahteraan rakyat.
  • Kelangsungan perniagaan.
  • Kemakmuran ekonomi.
  • Kecekapan perkhidmatan kerajaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd