Now Reading
Bajet 2023: Peruntukan RM2.3 Bilion Untuk Ruang Pembelajaran Kondusif Di Sekolah

Bajet 2023: Peruntukan RM2.3 Bilion Untuk Ruang Pembelajaran Kondusif Di Sekolah

Tengku Zafrul menjelaskan jumlah ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding peruntukan RM1.7 bilion pada tahun ini, 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menerusi pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini (7 Oktober), pihak kerajaan mengumumkan penambahan peruntukan kepada RM2.3 bilion bagi ruang pembelajaran kondusif dan selamat untuk murid-murid di sekolah.

Ia merupakan peningkatan yang ketara berbanding peruntukan RM1.7 bilion pada tahun ini, 2022.

Dari jumlah tersebut RM1.1 bilion untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan agama.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Katanya lagi, “Sebanyak RM1.2 bilion naik taraf infra struktur sekolah daif terutamanya untuk menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan khususnya untuk anak-anak di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan 123 projek di Sabah dan 182 projek di Sarawak.”

Tambahan pula, untuk memenuhi keperluan penduduk setempat, kerajaan pada tahun 2023 akan mula membina lima sekolah baharu dengan peruntukan RM430 juta melibatkan:

  • SMK Nabalu, Sabah.
  • SMK Dudong Sarawak.
  • SK Paya Dusun Terengganu.
  • SK Cyberjaya 2.
  • SK Denai Alam Selangor.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd