Now Reading
Bajet 2023: Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Malaysia

Bajet 2023: Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion dalam Bajet 2023 bagi meringankan beban rakyat dengan pemberian inisiatif bantuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak semalam (6 Oktober), spekulasi berhubung sama ada Bajet 2023 akan dibentangkan atau sebaliknya telah membanjiri media sosial. Ramai juga yang menyuarakan persoalan sama. Mana tidaknya, debaran kian terasa sementara menunggu pembentangan Bajet 2023.

Umum sedia maklum, hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat berjumlah RM372.3 bilion yang merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara.

Yusof Mat Isa/Malay Mail

Menerusi pembentangan sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan beberapa senarai bantuan atau inisiatif yang disalurkan oleh kerajaan:

  • RM7.8 bilion diperuntukkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk memanfaatkan 8.7 juta penerima.
  • Pembayaran ‘one-off’ sebanyak RM2,500 diperuntukkan bagi setiap isi rumah dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan dan mempunyai lima atau lebih anak.
  • RM235 juta diperuntukkan kepada bidang keusahawanan wanita.
  • RM188 juta diperuntukkan untuk pembangunan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat.
  • Program E-Pemula akan diteruskan dan kredit akan dinaikkan kepada RM200 bagi setiap penerima. RM400 juta disediakan untuk program tersebut bagi memberi manfaat kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pengajian tinggi sepenuh masa.
  • RM200 juta diperuntukkan bagi subsidi kos pengangkutan barang keperluan asas bagi memastikan harga barangan dijual pada harga berpatutan kepada pengguna yang tinggal di kawasan luar bandar.
  • RM55.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • RM777 juta diperuntukkan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid sekolah daripada keluarga miskin dan akan memanfaatkan 800,000 pelajar serta 7,300 pengusaha kantin sekolah.
  • RM6.7 bilion diperuntukkan untuk memperkasakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
  • RM10 juta diperuntukkan untuk baucar perjalanan e-hailing bagi komuniti OKU.
  • Pelbagai bantuan bernilai RM1.8 bilion untuk pesawah, nelayan dan juga pekebun kecil.
  • RM9 bilion diperuntukkan untuk Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) untuk membantu peniaga kecil dan sederhana mendapatkan pinjaman perniagaan.
  • Kerajaan berikrar akan mengambil berat terhadap aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras.
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diteruskan dengan peruntukan RM80 juta untuk program itu.
  • Petronas bersetuju untuk menyumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk perolehan vaksin dan sebarang perbelanjaan berkaitan.
  • Kerajaan akan menggunakan kira-kira 830 hektar tebing tanah Felda, Felcra dan Risda serta agensi lain di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi menangani isu keselamatan makanan.
  • RM15 bilion diperuntukkan untuk rancangan tebatan banjir dan bencana alam (RTB) sehingga 2030.
  • RM8 juta diperuntukkan untuk menubuhkan 13 pusat satelit MYFutureJobs di UTC di seluruh negara.
  • Guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun akan mendapat lima cuti tambahan pada tahun hadapan.
  • RM700 elaun khas sempena sambutan Aidilfitri untuk semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah pada tahun 2023 manakala RM300 pula untuk satu juta pesara penjawat awam di negara ini.
  • RM364 juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
  • RM10 juta untuk mempromosikan produk tempatan di bawah kempen Beli Produk Malaysia.
  • RM332 juta diperuntukkan untuk bidang sukan dengan bajet RM145 juta bagi membina dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.
  • Bimbang dengan lilitan pinggang Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mengurangkan risiko penyakit terminal.
  • RM8 bilion akan dibelanjakan bagi memastikan 100% liputan internet untuk semua kawasan berpenduduk di negara ini dan menyediakan liputan gentian optik kepada lapan juta premis di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd