Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, hari ini (7 Oktober), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat berjumlah RM372.3 bilion.
Menerusi pembentangan sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia termasuklah kepada individu yang membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Diskaun bayaran balik PTPTN akan diberikan bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023. Antara kategori diskaun yang diumumkan adalah:
20% untuk penyelesaian penuh.
15% untuk penyelesaian (50% baki hutang).
15% untuk bayaran secara potongan gaji.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything.
Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.